Home » » Batu Sapi - Yong Teck Lee Calon SAPP

Batu Sapi - Yong Teck Lee Calon SAPP

Written By canang on Sabtu, 23 Oktober 2010 | 10/23/2010 12:00:00 PTG

KUALA LUMPUR, 23 Okt - Parti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presiden parti mereka, Yong Teck Lee sebagai calon untuk pilihanraya kecil kawasan parlimen Batu Sapi.

Yong, yang juga bekas ketua menteri Sabah membuat pengumuman itu sendiridi Kota Kinabalu pagi tadi.

Menurutnya, SAPP tetap dengan pendiriannya untuk bertanding di kawasan parlimen berkenaan.

"Sabah memerlukan pemimpin yang berani. Kita perlukan seseorang yang boleh menggerakkan usaha membawa balik dan memperjuangkan hak serta autonomi Sabah. Kita perlukan seseorang yang mampu mebawa perubahan," katanya lagi.

Pilihanraya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini dijangka akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), SAPP dan Barisan Nasional.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) , 15 Oktober lalu mengumumkan kekosongan kerusi parlimen tersebut serta menetapkan pilihanraya kecil pada 4 November depan.

Keadaan itu berikutan kematian ahli parlimen kawasan terbabit, Edmund Chong Ket Wah yang terbabit dalam satu kemalangan jalanraya awal bulan inii.

Chong memenangi kerusi berkenaan setelah mendapat 9.479 undi mengalahkan calon bebas, Chung Ong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Kawasan Parlimen Batu Sapi mempunyai sejmlah 25,582 pengundi dimana 1,535 adalah undi pos. Majoriti pengundi beragama Islam iaitu 59.02 peratus manakal kauum Cina membentuk 38.06 peratus.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger