KUALA LUMPUR, Laman Rangkaian Sosial, Facebook didakwa telah menyekat akses laman anti -menara 100 tingkat yang dibangunkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang membantah cadangan projek mega yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2011 baru-baru ini.
Laman web Facebook tersebut telah menyekat akses kepada pelawat laman tersebut daripada menulis sebarang komen namun masih membenarkan pelawat untuk menjadi ahli kepada laman web berkenaan.
Laman bertajuk "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" tersebut setakat ini sudah mendaftarkan puluhan ribu peminat.
Dalam pada itu, pengendali dan pemilik laman tersebut yang tidak dikenali dalam tulisannya di laman tersebut telah menyifatkan tindakan pengurusan Facebook menghalang akses pelawat memberi komen sebagai satu bentuk pengekangan kebebasan di Internet.
“Ketika Media Baru menawarkan ruang untuk pergerakan sosial, pengendali gergasi internet seperti Facebook pula mencemarkan imejnya dengan corak baru pengekangan kebebasan internet," kata salah seorang pengasas laman tersebut selepas menyedari beliau telah dihalang mengakses laman facebook yang diciptanya.
Sementara itu, walaupun tidak memberi alasan yang terperinci mahupun menyediakan saluran untuk sebarang rayuan dibuat, pengendali facebook pula telah mengeluarkan kenyataan ringkas di laman tersebut memaklumkan kepada pemilik laman berkenaan bahawa hak mereka menerbitkan laman terbabit telah ditarik balik kerana didakwa melanggar peraturan yang ditetapkan.
"1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" dengan urlnya "http://www.facebook.com/pages/1M-Malaysians-Reject-100-storey-Mega-Tower/162774653750749" menjadi begitu popular di kalangan rakyat di negara ini sehingga mencatat puluhan ribu peminat dan ribuan komen yang diberikan.
Laman tersebut diasaskan bagi mendapat sasaran sejuta sokongan untuk mengatakan 'Tidak' kepada projek mega pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion.
Sejak diterbitkan lebihh empat hari lalu, "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" telah berjaya mendapatkan sokongan 31 ribu pengunjung yang membantah pembinaan menara berkenaan.
Statistik pengunjung laman berkenaan juga menunjukkan lebih seribu pelawat setiap jam pada masa kemuncak selepas ia diwujudkan oleh kumpulan terbabit.
Home »
» Facebook Sekat Akses Laman Anti Menara 100 Tingkat
Facebook Sekat Akses Laman Anti Menara 100 Tingkat
Written By canang on Khamis, 21 Oktober 2010 | 10/21/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan