KUALA LUMPUR 16 Okt. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini kerana masalah jantung.
Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata, Ibrahim dimasukkan ke hospital itu semalam dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Keadaannya stabil dan beliau dijadualkan menjalani pembedahan jantung pada Isnin ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ibrahim, 57, yang merupakan Presiden Perkasa adalah wakil Bebas di Parlimen.
Abdul Rahman berkata, pihak hospital hanya membenarkan isteri dan anggota keluarga untuk melawat Ibrahim. – Bernama
Home »
» Ibrahim Ali dirawat di hospital kerana masalah jantung
Ibrahim Ali dirawat di hospital kerana masalah jantung
Written By canang on Sabtu, 16 Oktober 2010 | 10/16/2010 09:52:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan