Home » » Konspirasi II: Karpal dijangka 'asak' doktor HKL

Konspirasi II: Karpal dijangka 'asak' doktor HKL

Written By canang on Isnin, 25 Oktober 2010 | 10/25/2010 03:00:00 PTG


KUALA LUMPUR 25 OKT: Kes konspirasi II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini akan menyaksikan semua tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur disoal-balas oleh peguam bela, Karpal Singh.

Namun, susunan di antara ketiga-tiga mereka - doktor bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim, patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan - akan dipanggil masih belum ditentukan.

Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - akan juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.

Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.-Malaysiakini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger