PUTRAJAYA: Golongan lelaki tidak boleh menafikan mereka tidak terdedah kepada kanser payudara kerana kajian di Amerika Syarikat membuktikan lelaki yang menghidap penyakit berbahaya itu meningkat berbanding kanser prostat.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata walaupun jumlah kes yang dilaporkan agak jarang, tetapi statistik peringkat global menunjukkan satu peratus daripada kanser payu dara dihidapi lelaki.
“Mereka tidak boleh memandang ringan dan menganggap kanser payudara hanya menyerang wanita, tetapi mereka perlu sedar lelaki turut mempunyai risiko.
“Justeru, kesedaran dan pemahaman mengenai kanser payudara di kalangan lelaki dan wanita sama penting. “Malah, kami menghargai penyertaan lelaki dan wanita untuk mencegah kanser payudara kerana ia bukan saja boleh meningkatkan tahap kesihatan, tetapi mengelakkan kepercayaan kanser payudara hanya menyerang wanita,” katanya pada majlis makan tengah hari Kesedaran Kanser Payu Dara sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (Pasifik Barat) kali ke-61 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; timbalannya, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin; Pengarah WHO (Pasifik Barat), Dr Shin Young-Soo, Penasihat Kehormat, Datuk Zuraidah Atan dan Perunding Pakar Bedah Kanan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC), Dr Yip Cheng Har.
Home »
» Lelaki hidap barah payudara meningkat
Lelaki hidap barah payudara meningkat
Written By canang on Jumaat, 15 Oktober 2010 | 10/15/2010 07:37:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan