Home » » Lelaki Kenya miliki 100 isteri meninggal dunia dan meninggalkan 200 orang anank

Lelaki Kenya miliki 100 isteri meninggal dunia dan meninggalkan 200 orang anank

Written By canang on Sabtu, 9 Oktober 2010 | 10/09/2010 01:04:00 PTG

NAIROBI - Seorang lelaki Kenya yang terkenal kerana mempunyai 100 isteri meninggal dunia akibat komplikasi selepas mengalami tekanan darah tinggi, minggu ini.

Ancentus Akuku, yang digelar 'Danger' (bahaya), berumur lebih 90 tahun semasa kematiannya dan meninggalkan antara 160 dan 200 orang anak.

Dalam temuramah dengan stesen televisyen Barat sebelum ini, Akuku berkata dia digelar 'Danger' kerana berjaya menewaskan ramai lelaki disebabkan kekacakannya.

Menurut media Kenya, Akuku mempunyai keluarga yang terlalu besar sehingga beliau membina sekolah dan gereja bagi kegunaan keluarganya yang tinggal di bandar Kisumu, barat Kenya.

Akuku pernah mengakui saiz keluarganya yang besar menyebabkan hampir mustahil baginya untuk memantau mereka.

Lelaki tinggi lampai itu berkahwin kali pertama pada 1939 dan kali terakhir pada 1992 iaitu semasa poligami dianggap perkara biasa di negara Afrika Timur itu.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger