GELANG PATAH: Kira-kira 100 keluarga nelayan Kampung Sungai Melayu dekat sini umpama hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ini kerana mata pencarian sebagai nelayan tradisi terjejas teruk kerana hidupan air yang semakin berkurangan dan diikuti benih ikan yang tidak dapat hidup kerana kandungan air sungai tercemar dan paras air semakin cetek, menambah penderitaan mereka apatah lagi untuk membela nasib keluarga masing-masing.
Click Here
Mereka bukan menolak pembangunan tetapi mahukan pembelaan daripada semua pihak yang bertanggungjawab mengendalikan projek Lebuh Raya Pesisir Pantai yang didakwa sebagai punca menyebabkan periuk nasi mereka tersasar.
Masalah itu kini sudah setahun berlarutan sejak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Pantai yang menghubungkan Johor Bahru dengan Nusajaya sejauh 15 kilometer dengan kos pembinaan kira-kira RM1 bilion dilaksanakan.
Nelayan juga kecewa kerana pemaju lebuh raya tidak membuat benteng penahan bagi mengelak sisa projek pembinaan daripada memasuki sungai.
Apabila hujan lebat, segala macam sisa binaan mengalir sekali gus menjadikan air Sungai Melayu bertambah keruh selain menyebabkan tebing tanah menjadi mendap.
Lebih dikesalkan dakwa mereka, projek Lebuh Raya Pesisir Pantai itu menutup dan menyempitkan sebahagian laluan menuju hulu Sungai Melayu yang selama ini menjadi lubuk nelayan tradisi menjala dan menjaring ikan.
Nelayan, A Rahim Rahman, berkata jika sebelum ini, nelayan tradisi biasa meraih pendapatan sehingga RM100 hanya dengan mencedok udang tetapi keadaan berkenaan sudah jauh berbeza.
Home »
» 'Malang nasib kami'
'Malang nasib kami'
Written By canang on Isnin, 18 Oktober 2010 | 10/18/2010 11:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan