Home » » Pak Brahim Ali di masukkan ke ICU dan akan dibedah esok

Pak Brahim Ali di masukkan ke ICU dan akan dibedah esok

Written By canang on Ahad, 17 Oktober 2010 | 10/17/2010 03:27:00 PTG

KUALA LUMPUR 17 OKT : Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung akan dibedah esok pagi.

"Alhamdulillah keadaan stabil, (beliau) sedang rehat untuk pembedahan esok pagi," kata ketua Wira NGO Melayu itu Arman Azha Abu Hanifah. Semalam,

Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata selepas dimasukkan ke hospital semalam, keadaannya stabil dan hospital hanya membenarkan anggota keluarga untuk melawat Ibrahim.

Beliau berkata selepas membuat pemeriksaan akibat tidak sihat sejak tiga minggu lalu, Ibrahim dinasihatkan supaya segera membuat pembedahan.
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

doa kami moga dia mompos.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger