KUALA LUMPUR 30 SEPT: Perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-Barisan Nasional Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas, umpama memberi kata dua kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu yang selama ini menyokong tuntutan royalti kerajaan Kelantan.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad yakin perlantikan Tengku Razaleigh bertujuan memberi tekanan kepada pemimpin veteran itu sendiri bagi membuktikan kesetiaan kepada parti pemerintah itu.
“Ia umpama kata dua kepada beliau sama ada berjuang untuk rakyat atau berjuang untuk kepentingan Umno,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakah Daily.
Beliau berkata, Umno menyedari Tengku Razaleigh tidak sealiran dengan pemimpin tertinggi Umno dan perlantikannya adalah risiko terbesar yang perlu Umno hadapi sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.
Idris bagaimanapun mengingatkan pengundi, kemenangan calon Umno belum tentu mengembalikan royalti minyak Kelantan sekalipun kempen pilihan raya kecil itu, diketuai Tengku Razaleigh.
Beliau menganggap pelantikan itu menunjukkan Umno terpaksa bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas DUN berkenaan manakala Pas pula berharap bekas pemimpin Semangat 46 itu menggunakan peluang demikian untuk memperjuang royalti minyak Kelantan.
“Jika dalam PRK nanti isu royalti dibangkitkan, rakyat pasti tertanya-tanya, apa pula yang Tengku Razaleigh akan ucapkan? Sanggupkah beliau untuk menyanggah hujah Umno BN demi kepentingan rakyat nanti,” katanya.
Justeru itu, Idris berkata, Pas menyeru Tengku Razaleigh mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai Pas jika beliau benar-benar memperjuang hak rakyat Kelantan.
Home »
» Pelantikan Untuk Beri Tekanan Politik Kepada Ku Li
Pelantikan Untuk Beri Tekanan Politik Kepada Ku Li
Written By canang on Jumaat, 1 Oktober 2010 | 10/01/2010 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan