FLORIDA: Nick James, suami wanita yang mengaku dirinya sebagai 'ratu porno', Devon James, mendedahkan bahawa beliau tidak takut untuk menyebarkan rakaman seks Tiger Woods.
“Saya dimaklumkan ada cubaan peguam beliau untuk beli pita rakaman itu tetapi setakat ini belum ada sebarang perjanjian dan saya tidak fikir berlaku,” kata Nick yang dipetik RadarOnline.
“Saya rasa akan ada pesanan awal tidak kira apa pun sekarang, ia pastinya diteruskan.”
Bintang lucah berkenaan melancarkan satu laman web minggu lalu, menjanjikan kepada penonton rakaman video seks selama 62 minit memaparkan Woods.
Ia turut mengatakan bahawa tempahan awal bagi pita rakaman itu boleh dibuat mulai 15 Oktober.
Gina Rodriguez, bekas pengurus Patrick memberitahu RadarOnline minggu lalu bahawa pita rakaman terbabit adalah satu penipuan dan ia sebenarnya tidak wujud.
Suaminya dilaporkan bertanggungjawab dengan mengatakan bahawa ‘seluruh dunia tidak lama lagi akan menyaksikan rakaman seks Tiger Woods adalah benar.’
RadarOnline pula secara eksklusif mendapat maklumat bahawa www.tigertapexxx.com disiarkan secara langsung dan akan mula menyiarkan klip daripada rakaman seks selama 62 minit itu dalam masa beberapa hari lagi.
Halaman web terbabit menyiarkan iklan, ‘Pita rakaman seks Tiger Woods akan ditayangkan.’
Devon James, seorang pelacur yang mendakwa beliau wanita simpanan ke-15 Tiger dan mempunyai hubungan dengan bintang golf terkemuka itu memberitahu RadarOnline bahawa beliau menjual pita rakaman terbabit kepada sebuah syarikat penerbitan DVD untuk mendapatkan royalti AS$350,000.
Ia termasuk rakaman seks selama 37 minit antara pasangan terbabit, kata James. James bagaimanapun tidak mendapat rujukan karektor dari ibunya sendiri.
Tetapi, Sandra Brinling memberitahu The Daily News, Jun lalu bahawa anak perempuannya itu adalah seorang penipu dan beliau mengetahui siapa sebenarnya bapa anak James, Austin T.
“Anak perempuan saya hanya tahu menipu, mencuri dan berbohong.
“Apa yang beliau mahu ialah dapat wang daripada Woods,” kata Brinling. – Agensi
Home »
» Pita seks Woods, James masuk pasaran
Pita seks Woods, James masuk pasaran
Written By canang on Ahad, 17 Oktober 2010 | 10/17/2010 10:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan