Home » » Saida Kakak Datuk Siti Nurhaliza mohon cerai

Saida Kakak Datuk Siti Nurhaliza mohon cerai

Written By canang on Rabu, 27 Oktober 2010 | 10/27/2010 09:30:00 PG

KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi Saida yang merupakan kakak penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terjawab apabila permohonan cerai secara baik penyanyi itu dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Suhaily Rosdi tersebut bagaimanapun hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan yang mewakili Saida.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida Tarudin, 34, memfailkan permohonan perceraian di bawah Seksyen 46 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 pada 6 Oktober lalu.

Beliau sebagai plaintif menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Zikri, 40, sebagai defendan. Bagaimanapun, masing-masing tidak hadir kerana prosiding hari ini tidak memerlukan mereka berbuat demikian.

Terdahulu, Noor Azlina memohon agar mahkamah memberikan tempoh lebih kurang dua bulan kerana kedua-dua pihak ingin membuat perbincangan semula sama ada mahu meneruskan permohonan tersebut.

Mohd. Suhaily kemudian menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 20 Disember ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger