Home » » ADUN Penaga Digantung Enam Bulan

ADUN Penaga Digantung Enam Bulan

Written By canang on Isnin, 1 November 2010 | 11/01/2010 09:05:00 PTG

PULAU PINANG,  - Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Azhar Ibrahim dikenakan hukuman gantung enam bulan kerana mengeluarkan 'perkataan berbentuk hasutan' di sidang DUN negeri terbabit 4 Mei lalu.

Walaubagaimanapun, Azhar, yang juga Adun Penaga gaji dan elaunnya sebagai ahli dewan undangan negeri tidak ditarik balik walaupun dikenakan hukuman penggantungan.

Beliau dirujuk kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan berikutan kenyataannya yang menyebabkan kekecohan di sidang dewan berkenaan.
span id="fullpost">
Jawatankuasa terbabit yang telah bermesyuarat beberapa kali mengenai kes berkenaan dijadualkan akan membentangkang laporan mereka kepada sidang dewan petang ni.

Pengerusi jawatankuasa terbabit, Abdul Halim Hussein, yang juga Speaker DUN Pulau Pinang berkata ahli dewan akan diberikan senarai perkataan yang disebut oleh Azhar ketika dewan sedang bersidang yang disifatkan sebagai tidak layak disebut dalam dewan.

Azhar, telah diminta memohon maaf di atas kenyataan yang dikeluarkannya atau dikenakan tindakan namun beliau enggan berbuat demikian dengan alasan satu resolusi perlu dicadangkan dan dibincangkan sebelum sebarang keputusan samada mahu merujukkannya ke jawatankuasa berkenaan atau sebaliknya.

Adun Keramat, Jagdeep Singh telah mengemukakan usul untuk merujukkan Azhar kepada jawatankuasa berkenaan pada 4 Mei lalu.

Jagdeep bertindak demikian selepas Azhar menggesa tentera mengambil alih tugas polis kerana mendakwa pentadbiran negeri telah menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap polis dan beliau (Azhar) memberi amaran bahawa rusuhan perkauman akan tercetus jika rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri.

Beliau juga telah secara 'halus' mengugut kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan menyebut bahawa sebuah kumpulan dinamakan 'Tiga Barisan' tidak akan teragak-agak menentang kerajaan Pakatan Rakyat Pulau PInang.

Walaubagaimanapun, Azhar dilaporkan telah menafikan membuat ugutan demikian sebaliknya menjelaskan bahawa kenyataan terbabit dibuatnya berikutan kerajaan negeri kerap mencela pasukan polis.
<
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger