BINTULU: "Di sini ada 'servis' 24 jam," kata seorang jurujual sebuah kedai runcit ketika ditanya mengenai kehadiran beberapa gadis genit yang kelihatan berlegar di kawasan tangga kedai dua tingkat berdekatan pasar awam yang turut menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah.
Lebih mengejutkan, gadis genit berpakaian seksi berkenaan tanpa segan silu akan menyapa dengan usikan manja mana-mana lelaki yang berhenti melihat barangan yang dijual di kedai walaupun ada antara mereka ditemani isteri masing-masing.
Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan penduduk tempatan yang membeli-belah di kawasan itu seakan tidak menghiraukan kehadiran gadis berkenaan dengan kebanyakan mereka hanya berlalu pergi kecuali di kalangan yang agak nakal.
Jurujual yang hanya dikenali sebagai Ah Kong, 49, berkata kumpulan gadis dipercayai warga asing yang lebih terkenal dengan panggilan 'ayam' mula muncul di situ kira-kira setahun lalu selepas ruang pejabat di tingkat atas bangunan rumah kedai diubah suai pemiliknya menjadi rumah sewa.
Katanya, kawasan komersil setinggi empat tingkat yang terletak di sepanjang Sungai Kemena berkenaan sebelum ini disewa syarikat pengangkutan tempatan, namun berikutan kewujudan pusat komersil baru, banyak syarikat yang berpindah.
"Akibatnya kawasan ini yang suatu ketika dahulu menjadi pusat perniagaan utama menjadi semakin sepi menyebabkan kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran mengambil alih ruang pejabat yang ditukar menjadi rumah sewa.
"Kebanyakan mereka yang terbabit dalam kegiatan ini bukan penduduk tempatan sebaliknya adalah 'orang luar' yang mengambil peluang kerana mengetahui terdapat ramai pekerja sektor minyak dan gas yang mampu berbelanja besar," katanya ketika ditemui.
Jika waktu siang sambutan ke atas kumpulan 'ayam' berkenaan tidak berapa 'menggalakkan', suasana di waktu malam boleh dianggap lebih meriah dengan kehadiran banyak kenderaan termasuk mewah memasuki kawasan itu.
Malah, kegiatan yang pada mulanya hanya terhad di kawasan tangga dan kaki lima rumah kedai, mula menjalar ke kawasan terbuka di tempat letak kenderaan dengan 'ayam' berkenaan akan menghimpit setiap kenderaan yang baru tiba.
Seorang wanita yang ditemui dikenali sebagai Ita, 26, mengakui dia berasal dari Batam, Indonesia, dengan hasrat awalnya datang ke negara ini adalah bagi mencari pekerjaan sebagai pembantu rumah atau kedai makanan.
Bagaimanapun, berikutan desakan rakan yang memberi reaksi negatif mengenai perancangan awalnya, Ita nekad menjual tubuhnya sebagai jalan pintas mengumpul duit dengan lebih cepat sebelum pulang ke kampung asalnya.
"Bayaran yang dikenakan adalah antara RM50 hingga RM300 bergantung kepada 'servis' yang dikehendaki pelanggan dengan kami memerlukan pelanggan membayar terlebih dahulu kerana bimbang ada yang lari selepas memuaskan nafsu.
"Kami di sini bekerja 24 jam sehari kerana sukar mendapat pelanggan yang 'jujur' kerana kebanyakan mereka hanya mahu menipu. Cuma apabila ada kapal yang berlabuh, harga 'servis' boleh naik sehingga RM600 semalam berikutan terdapat terlalu ramai pelanggan," katanya.
Selain kumpulan gadis genit berkenaan, lokasi ini turut menjadi tumpuan kepada golongan pondan yang menawarkan perkhidmatan seks dengan kadar yang lebih murah.
Home »
» 'Ayam' genit RM600 'servis' 24 jam,
'Ayam' genit RM600 'servis' 24 jam,
Written By canang on Rabu, 10 November 2010 | 11/10/2010 10:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan