JAKARTA: Umat Islam di Indonesia diingatkan supaya berhati-hati ketika membeli haiwan korban untuk Hari Raya Haji minggu depan.
Selain keadaan fizikal haiwan itu, mereka juga perlu memeriksa gigi haiwan berkenaan. Untuk membolehkan haiwan itu kelihatan sihat, peniaga bertindak menipu pembeli dengan memasangkan gigi palsu pada haiwan itu.
“Salah satu ciri haiwan yang sihat ialah pada giginya. Tetapi banyak haiwan yang dijual untuk tujuan kurban mengalami kerosakan gigi. “Ia memaksa peniaga mencabutnya dan diganti dengan gigi palsu,” kata Ketua Jabatan Penternakan dan Perikanan Jakarta barat, E Kusdiana. Bagaimanapun, katanya, hingga hari ini, enam hari lagi menjelang sambutan Aidiladha, pihaknya belum menemui haiwan bergigi palsu yang dijual penternak untuk tujuan korban. - Agensi
Home »
» Berhati-hati Lembu korban bergigi palsu
Berhati-hati Lembu korban bergigi palsu
Written By canang on Jumaat, 12 November 2010 | 11/12/2010 12:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan