Home » » Bomoh roboh binaan atas kubur

Bomoh roboh binaan atas kubur

Written By canang on Rabu, 24 November 2010 | 11/24/2010 10:00:00 PG

TUMPAT - "Saya orang Islam, saya ada agama. Saya tahu yang mana halal dan yang mana haram. Jangan cakap sebarangan kalau tidak ada bukti, itu fitnah dan fitnah itu berdosa."

Demikian kata-kata seorang bomoh, Zuber Muda, 60, yang menimbulkan kontroversi dalam kalangan penduduk Kampung Kajang Sebidang dekat sini apabila didakwa menggunakan kubur bapanya yang meninggal dunia sejak beberapa tahun lalu untuk upacara perubatan dan pemujaan.

Menurutnya, berikutan cerita mengenai kubur tersebut yang kini menjadi bualan ramai selepas laporan yang disiarkan oleh media, beliau dan ahli keluarga bertindak merobohkan semua binaan di atas kubur itu.

"Saya tidak berasa sedih dan terkilan atau berat hati untuk merobohnya kerana ketika saya mula membinanya dulu pun, ia dibina tanpa ada apa-apa niat selain hanya sebagai tanda ingatan serta kasih saya dan keluarga terhadap arwah bapa.

"Imam kampung ini beritahu saya, dia terima panggilan telefon daripada Pejabat Agama Islam Daerah Tumpat pada pagi Ahad lalu mengarahkan saya merobohkan bahagian bumbung pondok tersebut tetapi saya mengambil keputusan merobohkan semuanya," kata Zuber ketika ditemui di rumahnya semalam.

Tambahnya, keputusan itu dibuat secara spontan kerana beliau tidak pernah menjadikan kubur tersebut sebagai tempat untuk berubat dan pemujaan.

Jelas beliau, selepas menerima nasihat daripada imam kira-kira pukul 9 pagi Ahad lalu, beliau bersama anak-anaknya telah merobohkan pondok yang dibina dengan harga kira-kira RM1,000 itu yang beratapkan nipah, berpagar batu serta dihiasi jubin.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger