Home » » Gelora pada bekas isteri

Gelora pada bekas isteri

Written By canang on Selasa, 16 November 2010 | 11/16/2010 10:30:00 PTG

AMPANG: Seorang lelaki dipercayai gila talak cuba merogol bekas isterinya selepas menyedari jandanya itu semakin bergaya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah flat di Ampang Saujana di sini, Rabu lalu kira-kira jam 6 petang apabila lelaki terbabit yang berusia 30-an berpura-pura mahu melawat anak mereka yang dijaga bekas isterinya itu.


Mangsa seorang jururawat pada mulanya tidak menyangka bekas suaminya sanggup melakukan perbuatan keji itu.

Bagaimanapun, niat jahat lelaki itu tidak tercapai apabila mangsa menjerit membuatkan anaknya yang sedang bermain di luar rumah meluru masuk sebelum lelaki itu menghentikan perbuatannya.


Menurut sumber polis, terkejut melihat anaknya masuk ke dalam bilik, lelaki itu terus menghentikan perbuatan kejinya itu sebelum memarahi kanak-kanak terbabit.


“Mangsa pada mulanya didatangi bekas suaminya itu yang tinggal berhampiran sebelum menariknya masuk ke dalam bilik.

“Ketika itulah, lelaki terbabit dengan rakus meraba seluruh tubuh mangsa,” katanya.


Menurutnya, mangsa menjerit sebelum anak lelakinya yang bermain di luar rumah meluru masuk membuatkan lelaki itu membatalkan hasrat merogol mangsa.

“Selepas itu, mangsa mengambil kesempatan melarikan diri dan bersembunyi di bilik lain.


“Bagaimanapun, lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan cuba menolak pintu berkenaan walaupun sudah dikunci dari dalam,” katanya.


Katanya, lelaki terbabit hanya meninggalkan rumah berkenaan selepas menyedari kepulangan bekas ibu mentuanya ke rumah itu
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger