Home » » Kerajaan Jangan Cemburu Hillary Clinton Melawat Anwar

Kerajaan Jangan Cemburu Hillary Clinton Melawat Anwar

Written By canang on Isnin, 1 November 2010 | 11/01/2010 04:29:00 PTG

SANDAKAN 1 NOV: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) menyelar berita bahawa Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mungkin akan melawat beliau minggu depan.

Dalam satu sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Bandar Ramai-Ramai, Sandakan pagi tadi, Anwar menyatakan kunjungan antara pemimpin-pemimpin negara melawat pihak pemerintah dan pembangkang merupakan satu proses demokrasi yang biasa dilakukan oleh negara-negara luar.

"Apa masalahnya? Saya pernah melawat Hillary semasa lawatan ke AS dan sekarang sekiranya beliau datang melawat saya, kenapa nak cemburu? Azizah pun tidak cemburu jika Hillary melawat saya.

"Saya tidak faham cara pemerintahan kerajaan Umno-BN," kata beliau sambil berjenaka.

Katanya lagi, beliau pernah melawat Perdana Menteri Manmohan Singh semasa beliau melawat India dan juga pernah melawat Perdana Menteri Turki semasa lawatan di sana tetapi tiada pula bantahan dibuat pada masa itu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger