Home » » Patung Rooney dibakar

Patung Rooney dibakar

Written By canang on Isnin, 8 November 2010 | 11/08/2010 01:37:00 PTG


LONDON - Patung pemain kelab Manchester United (MU), Wayne Rooney (gambar) dibakar kelmarin di bandar Edenbridghe pada satu majlis meraikan kegagalan meletupkan bangunan Parlimen dan pemerintah England, King James I pada 1605.

Patung itu dipakaikan dengan jersi skuad MU dan dibakar bagi meluahkan kemarahan ekoran prestasi hambarnya dalam kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Dalam pertandingan itu, England cuma melangkah ke pusingan kedua sebelum ditewaskan oleh Jerman 4-1.

Sebahagian peminatnya masih belum memaafkan Rooney terutamanya peminat MU selepas dia mengancam untuk meninggalkan kelab tersebut.

Rooney turut terlibat dalam skandal curang dengan isterinya apabila dia melanggan seorang pelacur. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger