KUALA LUMPUR 23 NOV : Suasana tegang seketika di dalam mahkamah apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar tampil mengarahkan agar saksi tidak menyorokkan bukti setelah Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengumumkan mahkamah berehat seketika dan beredar.
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin kemudiannya membalas agar tertuduh tidak mencampuri urusan peguam.
Suasana tenang apabila polis menenangkan kedua-dua pihak.
Sebelum ini, pada sesi pagi peguambela Karpal Singh bertegas agar mahkamah mematuhi Seksyen 45, Mahkamah Supreme membenarkan saksi mengemukakan data menyokong keterangan bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains dalam kes fitnah ke-2 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Karpal berkata tidak adil bagi pihak peguambela sekiranya data disertakan tidak menyokong kenyataan lisan justeru menyangkal keadilan sistem perundangan.
"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," tegas Karpal.
Tambah beliau lagi, sebarang kenyataan dalam mahkamah tidak relevan sekiranya tiada data sokongan.
Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.
Justeru Yusof berkata, tugas pakar patologi HKL, Dr Siew Sheue Feng hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan namun bukan mengenalpasti data.
Hakim Zabidin Mohd Diah sedang mempertimbangkan keputusan dalam kamar.
Pagi tadi, Dr. Siew tampil saksi pertama sesi pagi hari ini menyerahkan contoh borang semakan kecederaan Hospital Kuala Lumpur.
Namun apa yang dituntut semalam oleh peguambela adalah borang semakan terhadap pengadu, Saiful Bukhari Azlan.
Apabila ditanya sekiranya beliau boleh membawanya ke mahkamah, Dr Siew mengangguk.
Perbicaraan akan bersambung sebentar lagi.
Home »
» Sorok Bukti- Mahkamah Tegang (KEMASKINI)
Sorok Bukti- Mahkamah Tegang (KEMASKINI)
Written By canang on Selasa, 23 November 2010 | 11/23/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan