SHAH ALAM 2 NOV: Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh bersama tiga individu yang lain pada Ogos lepasmemfailkan tuntutan ganti rugi sejumlah RM60 juta terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu yang lain.
Tuntutan tersebut melibatkan RM20 Juta terhadap tuntutan ganti rugi am dan RM 40 juta dalam bentuk 'exemplary' atau 'punitive damages'.
Tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi oleh anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah.
Mereka menamakan kesemua enam yang berhadapan dengan tuduhan dalam kes Sosilawati sebagai defendan, N.Pathmanabhan, R.Kathavaran, R.Mathan, T.Thilaiyalam, K.Sarawan dan U.Suresh.
Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan tiga individu lain.
Individu lain yang dibunuh ialah pemandu Sosilawati , Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.
Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.
Home »
» Suspek Pembunuhan Jutawan Kosmetik Sosilawati Disaman RM60 Juta
Suspek Pembunuhan Jutawan Kosmetik Sosilawati Disaman RM60 Juta
Written By canang on Selasa, 2 November 2010 | 11/02/2010 12:36:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan