Home » » Tiada Halangan Hillary Clinton Bertemu Anwar : Nazri Aziz

Tiada Halangan Hillary Clinton Bertemu Anwar : Nazri Aziz

Written By canang on Isnin, 1 November 2010 | 11/01/2010 09:00:00 PG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Malaysia tidak menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatannya ke negara ini bermula Selasa ini.

"Permintaan itu pun bukan nak jumpa Anwar tapi nak jumpa ketua pembangkang ini biasa macam kita pun kalau pergi ke Amerika Syarikat pun di antara orang yang kita berjumpa selain Presiden kita juga berjumpa dengan 'Majority Leader' Senat 'Minority Leader' itu biasa,"


Anwar Ibrahim kini sedang berhadapan perbicaraan mahkamah berkenaan kes konspirasi liwat yang mencetuskan pandangan tidak senang di kalangan pemimpin antarabangsa yang dianggap percubaan mematikan karier politik Anwar Ibrahim.

Pada 6 Oktober lepas Inter Parlimentary Union mengeluarkan resolusi yang mendesak agar kes yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim agar digugurkan segera.

Memetik laporan portal Malaysianinsider, Nazri memberitahu sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Malaysia tidak mempunyai masalah jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu berhasrat menemui Anwar seperti pemimpin dunia yang lain.

Clinton yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu depan boleh menemui Anwar atas sifatnya sebagai Ketua Pembangkang.

"Jadi kita tak ada apa-apa halangan untuk dia nak berjumpa dengan Anwar tapi jumpa Anwar bukan kerana peribadi tapi kerana sebagai ketua pembangkang kerana ketua pembangkang merupakan jawatan yang diiktiraf dan dibayar gaji dalam 'Standing Order' kita,"katanya.

Nazri berkata Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemimpin yang mahu mengadakan lawatan rasmi ke negara ini termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan negara berdaulat Malaysia tidak perlu takut dengan sesiapa Lagipun kata beliau Malaysia tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan mana-mana pemimpin dunia termasuk Clinton.

Mengulas isu ini dimana Barisan Nasional akan menggunakan perjumpaan Hillary dan Anwar sebagai bahan kempen bagi melabelkan Ketua Umum PKR itu sebagai agen Amerika.

Prof Dr Aziz Bari berkata, Hillary Clinton datang sebagai wakil rasmi ataupun anggota kabinet Amerika Syarikat dan kita tahu bahawa kerajaan sendiri (Umno) dan pemimpin Umno ada berjumpa dengan pemimpin Amerika Syarikat yang mengatakan dibayar dan setakat ini belum dinafikan ataupun menyakinkan penafian bahawa APCO terlibat dan sebagainya, jadi tuduhan itu,tuduhan biasa yang perlu dibuktikan.

"Maknanya kalau berjumpa itu bukan agen, itu kata Umno, apakah perkara itu tidak berlaku sebelum ini dan kita tahu Mahathir sendiri pun pernah pergi ke Amerika Syarikat sebelum menjadi menteri dulu, mengikuti kursus dan sebagainya, jadi kalau benda-benda ini nak kita kata sebagai agen semua jadi agen termasuk Mahathir sendiri," katanya yang digelar Pakar Perlembagaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger