Home » » Wanita akui mempunyai tabiat mencuri

Wanita akui mempunyai tabiat mencuri

Written By canang on Isnin, 8 November 2010 | 11/08/2010 08:46:00 PTG

KUALA LUMPUR - Seorang wanita bekas penagih dadah yang mengaku mempunyai tabiat suka mencuri dipenjara lima hari dan didenda RM2,000 atau penjara enam bulan setelah mengaku melakukan kesalahan itu minggu lepas.

Lee Siew Lee, 32, diperintah oleh Majistret Hafizza Sauni menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 4 November kerana mencuri sebotol minyak ikan dan sebotol cecair lain berjumlah RM178.80 di Watson's Sungai Wang Plaza, Jalan Sultan Ismail di sini pada pukul 7.10 malam.

Terdahulu, Siew Lee dalam rayuannya memohon supaya hukuman yang ringan dikenakan terhadapnya berkata, dia tidak berniat untuk melakukan kesalahan itu.

"Saya mempunyai wang untuk membayar barang yang saya ambil tetapi tabiat suka mencuri menyebabkan saya terdorong melakukan kesalahan ini walaupun saya tahu ia salah di sisi undang-undang.

"Saya sudah menyesal kerana sebelum ini saya pernah masuk pusat pemulihan dadah dan saya tidak mahu masuk penjara atas kesalahan mencuri," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurmadiana Mamat memohon supaya hukuman yang berat dikenakan terhadap Siew Lee kerana kes seumpama itu semakin meningkat.

Ibu tertuduh membayar denda itu. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger