Home » » Zaid Ibrahim : Sedia Keluar PKR ?

Zaid Ibrahim : Sedia Keluar PKR ?

Written By canang on Isnin, 15 November 2010 | 11/15/2010 11:18:00 PG

KUALA LUMPUR 15 NOV : Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau telah bersedia meninggalkan Parti Keadilan Rakyat selepas seminggu membuat pengumuman meletak semua jawatan dan keluar daripada persaingan calon Timbalan Presiden.

Namun sehingga kini beliau masih belum membuat kenyataan rasmi atau menulis surat menyatakan hasratnya itu secara terbuka.

"Tetapi jika mereka tidak pecat saya, sudah tentu saya akan meninggalkan parti tidak lama lagi," katanya kepada portal berita, Free Malaysia Today yang dimilikinya.

Menurut Zaid, pengumuman rasmi akan dibuatnya sebelum kongres kebangsaan PKR yang dijadualkan pada hujung bulan ini.

Beliau dijangka akan berehat seketika bagi mengelakkan segala tumpuan sekarang. Bekas menteri di jabatan perdana itu juga tidak menolak kemungkinan membentuk parti baru.

Dalam perkembangan sama, The Star dalam laporannya hari ini mendakwa Zaid telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR.

"Saya sedari hari-hari saya semakin singkat kerana pemimpin parti tidak berhenti-henti membuat serangan peribadi ke atas saya.

"Saya berundur kerana mahu menjauhkan diri saya daripada penipu dan pembohong. Saya tidak lagi mahu menjadi swebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka," katanya kepada akhbar itu.

Zaid, mula PKR pada Jun 2009 dan bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor April 2010 lepas.

Bekas menteri kabinet itu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR minggu dengan alasan kepimpinan parti gagal menangani dakwaan manipulasi dan penyelewengan dalam sistem pemilihan berkenaan.

Dalam wawancaranya, dengan beberapa akhbar pro-Umno, semalam adalah hampir pasti bahawa Zaid akan meninggalkan PKR dan menubuhkan partinya sendiri.

Malah, Zaid pernah mengumumkan pada dialognya di Kedah bahawa beliau akan menubuhkan "Keadilan baru" jika dipecat dari PKR.

Sebelum ini Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menutup pintu kepada Zaid Ibrahim untuk diterima menyertai parti itu semula.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger