KUALA LUMPUR 24 DIS : Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha didakwa cuba berlepas tangan dengan penjelasannya berhubung bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands Isnin lepas, kata bendahari PAS, Dr. Hatta ramli.
Lapor Harakah Daily Online,beliau menyifatkan penjelasan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menggambarkan kementerian seolah-olah cuba lari dari kenyataan.
"Menteri kata bas yang berlanggar itu bukan bas dua tingkat tapi 'high-decker'. Seolah-olah penjelasan itu telah menggambarkan bahawa ini bukan masalah kementerian, bukan masalah bas dua tingkat.
"Menteri macam puas hati (dengan penjelasan) sebab ia bas 'high-decker. 27 orang mati pun, tak apalah sebab dia 'high-decker', bukan 'double decker'," kata beliau.
Semalam Cho Ha menjelaskan bahawa bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands pada Isnin lepas diistilahkan sebagai bas 'high-decker' dan bukannya bas dua tingkat.
Menurutnya, bas jenis ini juga lebih tinggi daripada bas biasa tetapi tidak sama tinggi dengan bas dua tingkat.
Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai juga berkata, Cho Ha membangkitkan bukan bas dua tingkat itu kerana isu tahap keselamatan bas berkenaan pernah dibangkitkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat sewaktu membahaskan usul memotong gaji Menteri Pengangkutan RM10 yang dikemukakan oleh Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Ujarnya, bas 'high-deck' juga menyerupai bas tingkat dan tidak sesuai digunakan untuk perjalanan jauh apatah lagi jalan yang berbukit-bukit.
"Menteri tahu kita telah bangkitkan di Parlimen bahawa bas dua tingkat ini bahaya. 'High-decker' ini samalah dengan bas dua tingkat, tinggi dan pusat gravitinya sudah lari, apatah lagi bila bawa laju, memang kemalangan akan berlaku, hanya menunggu masa sahaja.
"Kalau dalam bandar sesuailah, macam di luar negara untuk bawa pelancong tengok bandar, tapi kalau untuk perjalanan jauh memang tak sesuai. Ini menunggu masa untuk kemalangan dan sudah pun berlaku," katanya.
Beliau sebelum itu mengiringi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung memohon ditangguhkan kelulusan Rang Undang-Undang Penagngkutan Jalan (Pindaan) 2010.
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dalam kenyataan kepada Harakahdaily berkata, Menteri di negara luar lebih bertanggungjawab daripada Menteri di Malaysia apabila sanggup meletakkan jawatan setelah gagal menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan kementeriannya.
"Di negara barat, apabila salji mengganggu jalanraya, dan Menteri tidak boleh selesaikan, Menteri Pengangkutan Scotland letak jawatan. Di Malaysia kemalangan bas 27 mati, tak ada apa-apa pun," katanya yang juga ahli Parlimen Tumpat.
Dalam kemalangan dua hari lepas, bas yang membawa 37 penumpang itu merempuh pembahagi jalan dan terbalik di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, mengorbankan 25 pelancong rakyat Thai dan dua warga Malaysia, iaitu masing-masing pemandu bas dan pemandu pelancong.
Home »
» Bas 'Double Decker' Atau 'High-Decker' : Menteri Pengangkutan Cuba Lepas Tangan
Bas 'Double Decker' Atau 'High-Decker' : Menteri Pengangkutan Cuba Lepas Tangan
Written By canang on Jumaat, 24 Disember 2010 | 12/24/2010 02:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan