KUALA LUMPUR 9 Dis - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan satu lagi rasuah bertaraf mega apabila mendakwa Kementerian Pertahanan (Kementah) menganugerahkan projek berjumlah lebih RM2 bilion kepada beberapa individu yang dipercayai kroni rapat Umno-Barisan Nasional.
Anwar menamakan individu yang menikmati pelbagai imbuhan projek bernilai berbilion ringgit sejak tahun 2008 sebagai Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang dikatakan tokoh politik daripada Umno Bukit Gantang, Perak.
Melalui pegangan saham dan kedudukan sebagai pengarah dalam lebih 30 syarikat, individu ini dikatakan menguasai kira-kira 90 peratus daripada projek pembekalan di Kementah.
Beliau yang mempunyai nombor keahlian 00924477 Umno Bahagian Bukit Gantang merupakan nama yang dikenali umum di kalangan kakitangan dan kumpulan kontraktor yang berurusan dengan Kementah.
Tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh inilah yang dimaksudkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa 'Ketuanan Melayu' yang dilaungkan oleh Umno selama ini hanya menguntung serta mengkayakan segelintir golongan kroni yang berkait rapat dengan pimpinan tinggi Umno-BN
"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat Bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdapat di tangan saya sebenarnya dipunyai oleh satu orang.
"Jadi ada seolah-olah satu pakatan di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan dengan satu, dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi 'Ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.
"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat Bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar semasa perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2011 pada peringkat jawatankuasa hari ini.
Sambil memegang dokumen terbabit yang menunjukkan amalan kronisme di Kementah beliau berkata ini mengesahkan tender bagi projek-projek terpilih kementerian itu sudah dikenalpasti untuk diberikan kepada kroni Umno dengan sewenang-wenangnya.
"Syarikat Gahmata Sajian Sdn Bhd memperolehi penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan dengan nilai RM800 juta, syarikat ini dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin dan beliau mendapat projek tersebut tanpa proses tender, runding terus dari Mindef.
"Kemudian diberi kepada satu lagi syarikat iaitu Komatra Sajian Sdn Bhd bagi projek penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi Zon Utara dan Timur Semenanjung bernilai RM600 juta.
"GPB COrporation Sdn Bhd mendapat kontrak pada 1 Januari 2009 bernilai RM300 juta. Tuanpunya dan alamat daftar pun sama iaitu No 10 Level 2 Damai Kompleks, tuanpunya ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, macam tidak ada Melayu lain," bidas Anwar.
Kata Anwar beliau amat kesal proses pemberian kontrak lumayan kepada kroni Umno Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan malah jauh sekali membantu golongan usahawan Bumiputera terbanyak yang berkelayakan.
"Apa hubungan Melayu ini dapat projek sampai RM2 bilion. Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera?
"Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," tegas Anwar lagi
Home »
» Bongkar:Umno-BN Serah 90 Peratus Projek Pembekalan Kementah Kepada Satu Kroni
Bongkar:Umno-BN Serah 90 Peratus Projek Pembekalan Kementah Kepada Satu Kroni
Written By canang on Jumaat, 10 Disember 2010 | 12/10/2010 09:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan