KUALA LUMPUR: Sebuah hotel terkemuka di ibu negara terpaksa mengetatkan kawalan keselamatannya apabila menerima satu e-mel yang mengatakan pusat penginapan itu menjadi sasaran pengebom berani mati daripada kumpulan al-Qaeda, Rabu lalu.
Difahamkan, e-mel terbabit dihantar menggunakan alamat e-mel seorang lelaki berpangkat doktor yang mendakwa dirinya ketua editor kepada rangkaian al-Qaeda itu.
Malah, individu terbabit turut mengatakan dia dipertanggungjawab menyenaraikan sesiapa saja atau mana-mana pihak yang akan diserang oleh pihak al-Qaeda.
Bimbang dengan ancaman berkenaan, pihak pengurusan hotel itu yang turut mendapat nasihat daripada pihak berkuasa, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, di sini, berhubung insiden berkenaan.
Semuanya bermula kira-kira jam 5 petang, apabila pihak pengurusan menerima satu e-mel berbaur ancaman daripada individu tidak dikenali.
Menurut sumber, suspek menerusi kiriman e-mel terbabit mendakwa dia ketua editor kepada rangkaian al-Qaeda yang dipertanggungjawab dalam urusan menyenaraihitamkan individu melakukan kesalahan dan akan menghukum mereka dengan melakukan serangan bom.
“Kiriman e-mel itu turut mengatakan disebabkan pihak hotel menjalankan kerja haram dan ia disenaraikan suspek untuk diserang geng pengebom berani mati bawah rangkaian al-Qaeda yang siap sedia melakukan serangan bila-bila masa.
“Malah, sekiranya dia (suspek) melulus dan menghantar senarai itu kepada pihak al-Qaeda, serangan habis-habisan akan dilakukan pengikut rangkaian berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, namun dalam e-mel berkenaan turut mengatakan, suspek akan memadamkan nama pihak hotel itu jika mereka membuat bayaran kepadanya seperti pihak lain.
“Jumlah bayaran atau kaedah akan digunakan untuk transaksi tidak dimaklumkan namun pihak pengurusan hotel terbabit dikatakan hanya mampu menghubunginya menerusi kiriman e-mel,” katanya.
Difahamkan, sehingga kini kawalan ketat terpaksa dilakukan pihak keselamatan hotel itu selain mendapat pemantauan terperinci pihak berkuasa.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman berkenaan.
“Sehingga kini kami (polis) percaya ia hanya satu ancaman digunakan untuk menipu dan memeras ugut pihak berkenaan bagi mendapatkan wang dan tiada kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.
“Namun, kami tidak akan memandang ringan ancaman ini dan siasatan lanjut sedang dilakukan,”
Home »
» Hotel terima e-mel ancaman pengebom berani mati
Hotel terima e-mel ancaman pengebom berani mati
Written By canang on Isnin, 6 Disember 2010 | 12/06/2010 10:03:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan