Home » » Kajiaan:Lebih separuh remaja mengaku pernah berzina

Kajiaan:Lebih separuh remaja mengaku pernah berzina

Written By canang on Jumaat, 3 Disember 2010 | 12/03/2010 10:10:00 PG

Lebih separuh daripada remaja Jakarta mengaku berzina, kata Agensi Perancang Keluarga Kebangsaan, semalam.

Hasil kajian dilakukan agensi itu menunjukkan, daripada 100 remaja ditemui, 51 mengaku tidak lagi dara.

Walaupun begitu, ketuanya, Sugiri Syarif, berkata jumlah itu masih rendah berbanding bandar raya lain seperti Surabaya (54 peratus) dan Medan (52 peratus).

Di Bandung pula, kadarnya adalah 47 peratus.


“Kajian menunjukkan, sebanyak 2.4 juta pengguguran janin dilakukan di Indonesia setiap tahun, 800,000 daripadanya membabitkan remaja,” katanya, semalam.


Satu kajian lain pula menunjukkan, 37 peratus daripada 1,160 mahasiswa di Yogyakarta mengaku pernah hamil di luar nikah. - Agensi
Share this article :

1 ulasan:

fairus berkata...

Astagfirullahalazim.. Harap Malaysia tidak begini..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger