Home » » Pemimpin Mahasiswa Tolak Saranan Mukriz

Pemimpin Mahasiswa Tolak Saranan Mukriz

Written By canang on Jumaat, 24 Disember 2010 | 12/24/2010 12:00:00 PTG

SHAH ALAM : Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia atau Gamis menolak rayuan Timbalan Menteri Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir meminta pimpinan mahasiswa membantu mengembalikan sokongan penuntut universiti kepada kerajaan.

Presidennya Ahmad Syazwan berkata kerajaan telah gagal menggarap kehendak mahasiswa.

Ketika dihubungi TV Selangor, Syazwan berpendapat rayuan menteri itu menguatkan persepsi umum bahawa pemerintah semakin terdesak.

"Kerajaan sudah semakin terdesak sehingga merayu keprihatinan pelajar untuk menyokong kerajaan. suasana mendesak itu disebabkan tindakan kerajaan itu sendiri yang tidak terbuka melayan mahasiswa," ujar Syazwan sambil menafikan mahasiswa Malaysia tidak neutral dan pro-pembangkang.

Mahasiwa memilih untuk bergerak seiring dengan pakatan pembangkang kerana wujudnya keselarian idea antara kedua-dua pihak dalam isu-isu khusus seperti skim hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku).

"Kebanyakan idea yang dibawa oleh mahasiswa seperti PTPTN dan Auku disambut oleh pembangkang, nampaknya ada keselarian idea antara kita dan agenda yang pembangkang cuba bawa.

Namun untuk katakan kita pro-pembangkang, itu perlu melihat kepada realiti dan isu-isu yang berlaku," jelasnya.

Syazwan berkata demikian mengulas rayuan Datuk Mukhriz yang mengakui sokongan penuntut mahasiswa kepada kerajaan semakin terhakis.

Mukhriz berkata demikian ketika berucap pada sesi Bicara Orang Muda anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Syazwan berkata kenyataan Mukhriz itu secara tidak langsung mengesahkan gerakan pro-establishment di universiti-universiti tempatan tidak berpengaruh, dan tidak mewakili majoriti mahasiswa.

"Kerajaan gagal untuk menggarap interest mahasiswa. sudah lama kita suarakan kita tidak mahu Auku. Sehingga ke hari ini Auku dijadikan bahan lakonan oleh Ketua Pemuda Umno dan Ketua Puteri Umno, ini semua lakonan yang kerajaan sendiri tidak mampu buat secara berani,
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger