Home » » Pengantin lelaki umum ‘kejutan’ di majlis perkahwinan bunuh isteri, pengapit

Pengantin lelaki umum ‘kejutan’ di majlis perkahwinan bunuh isteri, pengapit

Written By canang on Rabu, 22 Disember 2010 | 12/22/2010 10:22:00 PTG

Seorang pengantin lelaki menembak mati isteri yang baru dikahwini dan pengapit lelaki sebelum menembak dirinya selepas mengumumkan kepada tetamu bahawa beliau mempunyai satu ‘kejutan’ buat mereka.
Saksi melaporkan, Rogerio Damascena, 29, seorang pengurus jualan di Camaragibe, di luar bandar raya Recife di Brazil, tidak menunjukkan sebarang tanda tertentu awalnya hingga boleh menyebabkan keadaan akan bertukar buruk pada majlis jamuan perkahwinannya, kata penyiasat polis, Joao Brito.
Brito juga tidak membuat spekulasi terhadap kemungkinan motif kejadian, hanya mengatakan ahli keluarga terkejut dan beliau masih belum dapat menemubual mereka untuk mendapat butiran terperinci kejadian.

Brito juga berkata, pembunuhan itu dipercayai sudah dirancang kerana pengantin lelaki membuat pengumuman berkenaan dan dia juga menyembunyikan senjata api dalam trak pikap bapanya.

Pengantin wanita, Renata Alexandre Costa Coelho, 25, dan pengapit lelaki, Marcelo Guimaraes terbunuh dalam kejadian terbabit. Seorang abang kepada pengantin wanita juga dirawat di sebuah hospital tetapi dibenarkan keluar.

Laman web Globo memetik seorang adik kepada pengantin yang meninggalkan tempat kejadian sebelum tembakan berkata beliau percayakan ia adalah satu jenayah cinta.
“Kakak saya adalah seorang yang baik yang mahu dan ingin dicintai,” kata Lucia Helena Coelho yang dipetik berkata.

“Suaminya gembira, beliau juga gembira, majlis berkenaan amat indah. Keluarga lelaki sukakan beliau dan tidak memahami semua ini,” katanya Coelho kepada Globo. – AP

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger