Home » » Perkahwinan Hulk Hogan Tercemar Dengan Pergaduhan

Perkahwinan Hulk Hogan Tercemar Dengan Pergaduhan

Written By canang on Khamis, 16 Disember 2010 | 12/16/2010 09:00:00 PG

KETIKA majlis perkahwinan Hulk Hogan bersama Jennifer McDaniel yang berlangsung dengan tenang di taman belakang rumah ahli gusti itu tercemar dengan aksi pergaduhan.

Pergaduhan tersebut membabitkan sekumpulan paparazzi dan pengawal peribadi Hulk disebabkan keghairahan paparazzi yang mahu mengambil gambar pasangan tersebut di Clearwater, Florida, Selasa lalu, sehingga mengganggu majlis berkenaan.

Menurut s umber kepada portal Radaronline.com, kejadian tersebut membuatkan pihak polis terpaksa dipanggil untuk meleraikan pergaduhan.

"Pihak sekuriti Hulk terlalu berjaga-jaga di mana paparazzi hanya dibenarkan berdiri dengan jarak 200 meter daripada lokasi majlis perkahwinan yang diadakan.

"Saya percaya jarak itu sedikit sebanyak menyusahkan paparazzi untuk mengambil gambar dari jarak dekat.

"Nasib Hulk, rakaman video hari bersejarahnya pasti diganggu dengan 'drama' yang tidak sepatutnya berlaku di dalam sesebuah majlis perkahwinan," kata sumber tersebut.

Tambah sumber itu, walaupun pihak polis dipanggil, tiada sebarang penangkapan dilakukan.

Bagaimanapun, pihak paparazzi yang terbabit akan mengeluarkan surat saman kepada pengawal peribadi Hulk kerana berlaku kasar serta mengganggu ketenteraman mereka ketika bekerja.

Sebelum perkenalan dengan Jennifer pada tahun 2008, Hulk pernah berkahwin dengan Linda Claridge dan dikurniakan dua orang anak. Bagaimanapun, mereka berpisah pada tahun 2007.

Share this article :

1 ulasan:

Unknown berkata...

masa anastasyea kecil2 dulu .. suka la tgk hulk hogan ..
tapi sekarang tak dah ..
benci org yg suka gaduh .. =)

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger