Home » » Seorang Maut, Tiga Cedera Parah

Seorang Maut, Tiga Cedera Parah

Written By canang on Ahad, 5 Disember 2010 | 12/05/2010 09:41:00 PTG

Seorang terbunuh, tiga lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Km 30 Jalan Damai
Laut-Batu Hampar, di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah penumpang kereta Viji a/l
Vedi, 25, berasal dari Segari.

Viji yang bekerja sebagai pemandu lori mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi.

Mohd Jamil berkata, mangsa yang cedera parah ialah pemandu kereta, G.Muneswaran, 26, dan dua lagi penumpang K. Marimuthu, 20, dan M. John Peter,
16. Ketiga-tiga mereka berasal dari sini.

Beliau berkata John Peter dirawat di sebuah hospital swasta di Ipoh manakala Marimuthu di sebuah hospital swasta di Manjung dan Muneswaran di Hospital
Manjung.

Kejadian berlaku ketika kereta itu dalam perjalanan dari Segari ke Batu Hampar dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh tembok
simen.

Akibat kejadian itu kereta jenis Proton Waja itu remuk teruk dan kesemua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat. -BERNAMA
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger