Home » » Sotong pilih Indonesia

Sotong pilih Indonesia

Written By canang on Rabu, 29 Disember 2010 | 12/29/2010 04:00:00 PTG

JAKARTA: Setelah dua jam menunggu semalam, sotong di akuarium Sea World, Ancol, akhirnya memilih Indonesia untuk memenangi perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF hari ini.

Sotong berkenaan yang mirip Paul, sotong Jerman yang terkenal kerana ramalannya sepanjang Kejohanan Piala Dunia beberapa bulan lalu, mula diperkenalkan kepada orang ramai semalam dan dinamakan Gudel, singkatan kepada Gurita Dewa Laut.


Gudel berada di tabung bendera Indonesia selama 10 saat dan memakan makanan yang disediakan.

Makanan yang berada di tabung Malaysia tidak dimakannya.


Aksi Gudel disiarkan secara langsung menerusi televisyen di Sea World.


Ratusan pengunjung bersorak sambil berteriak ‘Hore’ apabila sotong itu memakan makanan yang diletakkan di bawah tabung Indonesia.

Indonesia tewas 0-3 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit Jalil, Kuasla Lumpur Ahad lalu. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger