Home » » Strategi terancang Israel dengan mengunakan cecair Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh

Strategi terancang Israel dengan mengunakan cecair Masjid Al-Aqsa didakwa akan runtuh

Written By canang on Isnin, 6 Disember 2010 | 12/06/2010 04:00:00 PTG

BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt News pada Jumaat lalu.

Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.

Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.

Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.

Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.

Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.

Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.

Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger