BANGKOK: Adik perempuan bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan, Thaksin Shinawatra, dilihat sebagai calon perdana menteri daripada pembangkang, ketika pilihan raya negara itu semakin hampir, kata jurucakap sebuah parti politik di sini semalam.
Yingluck Shinawatra adalah adik bongsu Thaksin. Parti Puea Thai bersedia mencalonkannya ke jawatan tertinggi itu dan jika terpilih, Yingluck bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama Thailand.
Beliau pada masa ini menyandang jawatan presiden eksekutif firma hartanah SC Asset Corp dan bekas presiden unit telefon bimbit, syarikat telekomunikasi Shin Corp yang diasaskan Thaksin.
Penasihat perundangan Thaksin di Thailand, Noppadon Pattama, mengulas: “Yingluck seorang yang merendah diri dan bijak ketika berhubung dengan orang lain. Bagaimanapun, ini bukanlah masanya untuk menyatakan bahawa beliau pasti akan akan dipilih.”
Tetapi, pemimpin Puea Thai, Pormpong Nopparit, pula berkata: “Sekumpulan anggota parti Puea Thai mahu Yingluck dilantik sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri dan kami perlu mengundi pada mesyuarat agung parti.”
Beliau berkata, parti berkenaan akan menamakan calon pilihan mereka selepas Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, membubarkan Parlimen yang mengikut undang-undang, mesti dilakukan tahun ini.
Thaksin, 61, tinggal di luar negara bagi mengelak hukuman penjara atas kesalahan rasuah. Bagaimanapun, beliau terus menjadi punca menyebabkan perpecahan rakyat Thailand dan dikehendaki atas dakwaan keganasan kerana mendalangi tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok tahun lalu.
Jutawan itu mendapat sokongan besar penduduk luar bandar Thailand ketika menyandang jawatan, tetapi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 dan berdepan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa.
Kumpulan penyokongnya bergelar Baju Merah mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di Bangkok pada April dan Mei lalu, menyebabkan 90 orang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan. – AFP
Home »
» Adik Thaksin bakal calon PM Thai
Adik Thaksin bakal calon PM Thai
Written By canang on Sabtu, 8 Januari 2011 | 1/08/2011 09:53:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan