Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Tifatul Sembiring memberikan tempoh dua minggu kepada pengeluar telefon bimbit BlackBerry supaya menghalang akses kepada laman sesawang lucah pada telefon pintar itu.
Syarikat Research in Motion (RIM) diarah menuruti arahan itu atau operasinya di Indonesia akan dihentikan.
"Sudah beberapa kali kami mengarahkan syarikat itu supaya menghalang akses kepada laman lucah dan tempoh masa yang lama telah diberikan.
"Jika mereka masih menangguhkan sekatan itu, kami akan menutup operasi mereka di negara ini kerana syarikat itu gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya.
Kementerian itu dilaporkan mengadakan beberapa perjumpaan dengan wakil RIM bagi menuntut syarikat itu membuka pusat maklumat di Indonesia sebagai mematuhi undang-undang negara itu.
Pembukaan pusat maklumat pengguna akan membolehkan pihak berkuasa menjalankan pintasan e-mel dan mesej pengguna secara sah.
Jawatan Kosong
Home »
» Arah BlackBerry sekat laman lucah
Arah BlackBerry sekat laman lucah
Written By canang on Isnin, 10 Januari 2011 | 1/10/2011 11:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan