MANILA - Pihak berkuasa Filipina mungkin mengharamkan aktiviti seks di pantai-pantai Pulau Boracay yang terkenal di dunia selepas seorang krew televisyen merakamkan dua pasang kekasih yang berbogel mengadakan hubungan seks di tempat terbuka pada malam Tahun Baru.
Klip video itu menunjukkan sepasang kekasih mengadakan hubungan seks di pantai itu, manakala sepasang kekasih lagi bercumbu-cumbuan di dalam air, dengan buah dada wanita itu jelas kelihatan di atas permukaan air.
Rangkaian televisyen ABS-CBN berkata, aksi pasangan dari Barat itu dirakamkan pada pukul 2 pagi pada malam Tahun Baru sebaik-baik sahaja tamat parti tepi pantai besar-besaran yang diadakan di Boracay bagi menyambut kedatangan 2011.
"Kami memikirkan tentang undang-undang 'tiada seks di pantai', jadi pelancong-pelancong lain tidak akan terganggu," kata
Datuk Bandar Malay, John Yap kepada ABS-CBN dalam satu temu ramah yang disiarkan di laman webnya minggu ini.
Menurutnya, pihak berkuasa sedar mengenai sensitiviti negara yang berpegang kepada ajaran Roman Katolik.
"Ia merupakan satu kes terpencil dan agak sukar untuk dikawal. Namun jika dikesan pihak polis, mereka boleh ditahan berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai.
Boracay menarik kira-kira 650,000 pengunjung setiap tahun atau kira-kira 22 peratus daripada jumlah keseluruhan pelawat ke Filipina, menurut data Kementerian Pelancongan. - AFP
Home »
» Filipina kecoh pesta seks di tepi pantai
Filipina kecoh pesta seks di tepi pantai
Written By canang on Jumaat, 7 Januari 2011 | 1/07/2011 04:54:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan