BAITULMAQDIS: Seorang peganalisis berkata, satu-satunya cara untuk menamatkan keganasan Israel ialah melalui kekerasan dan penentangan kerana rejim Zionis tidak akan tunduk pada usaha diplomatik.
“Saya percaya, apa yang diambil secara kekerasan, kita perlu mengambilnya semula dengan kekerasan dan ini satu-satunya bahasa yang difahami Israel,” kata aktivis hak asasi manusia, Dr Nada Haswi dalam wawancara dengan Press TV.
Menurutnya, Israel tidak akan mendengar nasihat sesiapa, termasuk Amerika Syarikat. “Mereka akan bertindak sesuka hati mereka.
“Mereka berulang kali membunuh penduduk Palestin, Arab dan Lubnan dan rakyat negara lain,” kata Nada.
Ahad lalu, jentolak Israel merobohkan sebuah hotel di Baitulmaqdis Timur untuk membina 20 unit penempatan baru bagi penduduk Yahudi di tanah Palestin, tanpa mempedulikan gesaan antarabangsa bagi mengakhiri tindakan seumpama itu.
Kegiatan merobohkan bangunan milik Palestin semakin giat dilakukan rejim Zionis sejak rundingan secara langsung antara Palestin dengan Israel menemui jalan buntu selepas rejim itu enggan melanjutkan tempoh larangan membina penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Sepanjang tahun lalu, Israel memusnahkan hampir 40 rumah dan 90 kedai Palestin. - Agensi
Home »
» Hanya kekerasan boleh ajar Israel
Hanya kekerasan boleh ajar Israel
Written By canang on Rabu, 12 Januari 2011 | 1/12/2011 09:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan