Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.
‘Topi kelang berharga �250,000 (RM1.2 juta)edar maut’ y itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.
Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.
Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.
Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.
Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.
Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.
“Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya.”
Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. - Agensi
Home »
» Helmet maut RAF (RM1.2 juta)
Helmet maut RAF (RM1.2 juta)
Written By canang on Selasa, 4 Januari 2011 | 1/04/2011 08:59:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan