Home » » Penderhaka sebenar mula berbicara!!!

Penderhaka sebenar mula berbicara!!!

Written By canang on Jumaat, 14 Januari 2011 | 1/14/2011 09:00:00 PTG

"Sidang derhaka

***"Apabila si mulut busuk ini berbicara,maka ianya tidak lebih dari untuk mempertahankan populariti beliau di kalangan rakyat yang sama-sama membusuk sepertinya.Hanya mahu mencari talian hayat dalam politik agar tidak pupus di persada politik tanah air.Apakah untuk mengembalikan kuasa sultan yang telah dihapuskan oleh UMNO dahulu dianggap menderhaka kepada sultan????Siapa penderhaka sebenarnya??Menghapuskan kuasa sultan atau mengembalikan kuasa sultan????Hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan berkata bahawa mengembalikan kuasa sultan itu sebagai penderhaka kepada sultan!!!"


KUALA LUMPUR 13 Jan. - Cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar pada 24 Januari ini merupakan satu lagi siri penderhakaan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, mereka langsung tidak merujuk atau membuat konsultasi dengan Sultan Sharafuddin sedangkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan perkenan tuanku yang mesti diperolehi dahulu sebelum satu sidang diadakan.

"Jangankan perkenan, jumpa Tuanku pun tak. Ini bukan lagi kurang ajar dan biadab, tetapi satu penderhakaan jelas terhadap Sultan Selangor dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Mereka berbuat seolah-olah Selangor tiada sultan yang memerintah.

"Atau apakah ini bukti jelas sikap dan belang sebenar mereka khususnya parti cauvinis dan rasis DAP, memang mereka langsung tidak menghormati serta mengiktiraf Kesultanan Melayu dalam negara ini. Pada saya, ini satu penderhakaan melampau. Double derhaka!

"Sudahlah mereka menderhaka tidak mengiktiraf pelantikan seorang pegawai kerajaan yang bukan sahaja sah dibuat mengikut undang-undang, malah sudah dapat perkenan Sultan Selangor. Kini mereka meneruskan penderhakaan dengan memanggil sidang tergempar DUN tanpa perkenan Tuanku," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Sidang Derhaka! di blognya http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Zulkifli berkata, atas apa yang berlaku, beliau ingin merafak sembah dan mencadangkan kepada Sultan Selangor supaya memecat Menteri Besar selain melucutkan segala gelaran serta anugerah kebesaran negeri yang diberikan kepada penderhaka terbabit.

Beliau turut melontarkan persoalan mengenai motif di sebalik penderhakaan itu.

"Pada saya, tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk mempolitikkan isu yang bukan isu ini. Konon nanti akan dicanang kepada kaum bukan Melayu, tengok macam mana kerajaan di bawah pengaruh DAP dianiaya dan dizalimi oleh Kerajaan Persekutuan dan raja Melayu.

"Dan mereka mahu menunjukkan sikap biadab serta kurang ajar mereka kepada institusi orang Melayu termasuk raja-raja Melayu, supaya nanti generasi muda mereka juga akan menjadi biadab dan kurang ajar terhadap raja-raja Melayu serta kerajaan," katanya.
oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger