SHAH ALAM 25 JAN : Walaupun sudah menjangkakan Kerajaan Negeri Selangor gagal untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, apa yang lebih penting kata Pensyarah Undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah komitmen kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu dalam mengangkat dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.
Katanya, cadangan pindaan yang merumuskan agar rakyat tidak lagi dikelirukan pada masa hadapan, membuktikan komitmen kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam memperbetulkan kesilapan lampau Umno.
Seharusnya, ujar beliau, idea pindaan ini dipersetujui oleh Umno-Barisan Nasional untuk memperbetulkan kekhilafan yang dilakukan oleh pimpinan Umno ketika Krisis Perlembagaan 1993.
" Jadi mereka sepatutnya lebih sedar sebenarnya mereka yang membuat, mencuri, memadam kuasa Sultan yang sepatutnya tidak diapa-apakan.
" Malangnya mereka tidak berpegang kepada prinsip,maka mereka tidak mahu memperbetulkan dan mengembalikan perkara yang telah mereka rosakkan. Ini satu perkara yang menyedihkan kerana sepatutnya mereka mengaku salah, sedar dan bertaubat kerana semua orang tahu perkara itu dia (Umno) yang buat," kata Aziz kepada Tv Selangor.
Dalam krisis perlembagaan itu, ramai ahli-ahli parlimen Umno mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Institusi Raja-raja seperti yang direkodkan dalam Penyata Rasmi Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ironinya, Mahathir pada kelmarin menyuarakan kesangsian terhadap usaha kerajaan negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri kerana percaya bahawa Sultan mempunyai kuasa untuk melantik pegawai tertinggi kerajaan negeri.
Malah Dr Mahathir turut menyebut bahawa undang-undang berkenaan tidak pernah dipinda.
"Bila undang-undang itu berubah?," Mahathir dipetik sebagai berkata.
Namun kenyataan Mahathir itu pantas dibidas oleh Aziz.
" Kalau kita perhatikan kenyataan Mahathir itu cukup jelas bahawa sama ada dia berbohong,dia nyanyuk atau dia cuba untuk menipu kita? Kita tahu apa yang dia buat. Rekod dalam akhbar pun ada kalau tidak dapat lihat Penyata Rasmi Parlimen," tegas Aziz.
Beliau sekaligus bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali bahawa Umno yang bertanggungjawab menjadikan eksekutif terlalu kebal.
" Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-raja".
"Sebenarnya Umno memindahkan kekebalan tersebut kepada Mamak Bendahara dan pihak Eksekutif. Saya tahu bahawa kebimbangan ini ditimbulkan oleh pihak Raja-raja dalam tahun 1993.
"Saya dapat menyelami perasaan Raja-raja Melayu yang luka. Luka yang dalam mungkin telah sembuh, tetapi parutnya tetap ada," ujar Azmin pada ketika membahaskan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
Namun kegusaran Raja-raja Melayu ketika itu mendapat perhatian ahli-ahli parlimen pembangkang.
Umno pula memutarbelitkan sokongan yang diberikan oleh DAP dan PAS suatu ketika dahulu namun tidak menyatakan sokongan yang diberikan adalah sokongan yang bersyarat. " Mereka menyokong dari segi prinsip dan semangat dan bukannya dari segi pelaksaan yang dibuat oleh Umno. Jadi dalam soal pemansuhan kuasa Sultan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak ada kaitan dengan itu sebenarnya," tambah Aziz.
Azmin juga mendakwa krisis Perlembagaan Persekutuan tercetus ekoran tindakan pemimpin Umno yang rakus untuk memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu.
Katanya, ramai sarjana dan pengamal undang-undang mencabar keabsahan pindaan 1993 kerana ia melanggar Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.
Azmin menambah, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pada 18 Januari 1993 adalah semakin terbukti hari ini.
Kit Siang ketika itu dipetik sebagai berkata "semasa kita membahaskan soal kekebalan Raja-raja, tentang bagaimana mendemokratikkan sistem Raja Berperlembagaan, untuk memastikan Raja-raja bertanggungjawab dan Demokrasi Berparlimen, kita tidak boleh membenarkan pemimpin-pemimpin kerajaan menikmati kekebalan yang membebaskan mereka dari sebarang akauntabiliti awam sebagaimana yang dipamerkan oleh berbagai skandal yang tidak diselesaikan dalam negara ini."
Malah menurut Azmin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menegaskan prinsip yang sama dengan kekebalan tersirat daripada penyalahgunaan kuasa melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Perkara 145(3) Perlembagaan kuasa yang diberi kepada Peguam Negara hendaklah dielakkan.
"Kekebalan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin elit Umno menjadikan Malaysia diperintah oleh diktator selama 23 tahun dengan mengamalkan undang-undang rimba dan menolak negara hukum," ujar Hadi yang dipetik dari Penyata Rasmi Parlimen.
Justeru ujar Aziz, maka terbuktilah kini siapa penderhaka sebenar dalam isu Raja-raja Melayu ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan