SUNGAI PETANI - Tidak sampai dua bulan melayari bahtera rumah tangga, pengantin baru ini diuji dengan dugaan berat apabila isteri yang baru dinikahinya 6 Disember lalu hilang tanpa khabar berita setelah keluar dari rumah mertuanya di Sungai Gelam, Merbok, dekat sini, 1 Januari lalu untuk mencari kerja.
Suami, Hidayat Hasan Saari, 25, berkata, dia tinggal di Bintulu, Sarawak, kerana bekerja sebagai anggota maritim di sana manakala isterinya, Muzalifah Md Isa, 23, tinggal di Sungai Gelam, Merbok bersama keluarga mertuanya. Bagaimanapun kata Hidayat, Muzalifah didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 1 Januari lalu dengan membawa beg pakaian.
Menurutnya, kali terakhir dia dihubungi Muzalifah ialah pada jam 10.59 pagi, 1 Januari lalu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan hasratnya untuk ke Johor mahu memulakan hidup baru dan memohon maaf daripadanya.
“Saya terkejut memandangkan pada 31 Disember lalu perbualan kami melalui telefon mesra sahaja tanpa bergaduh sebelum pada pagi keesokan harinya (1 Januari) dia memberitahu saya untuk ke Johor dan meminta saya memaafkan dan menghalalkan makan minumnya selama kami bersama.
“Selepas mesej terakhir yang dikirimkannya, saya cuba menghubunginya namun, gagal apabila talian telefon bimbitnya dimatikan. Saya seterusnya menghubungi keluarga mertua di Sungai Gelam dan dimaklumkan Muzalifah keluar awal pagi 1 Januari itu dengan membawa beg pakaian dengan alasan mahu ke Alor Setar mencari kerja,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Teluk, di sini, semalam.
Hidayat berkata, dia kemudiannya pulang ke sini dari Bintulu pada 4 Januari lalu untuk mencari isteri ya namun, gagal menemuinya sehingga ke hari ini. Laporan polis juga sudah dibuat oleh bapa mertuanya, Md Isa Shamsudin di Balai Polis Merbok pada 4 Januari lalu.
Menurutnya, dia rayu Muzalifah untuk segera pulang ke pangkuannya dan berbincang secara baik sebarang salah faham yang mungkin menyebabkannya bertindak menghilangkan diri kerana seluruh ahli keluarga kedua belah pihak risau akan keadaannya.
“Saya minta maaf sekiranya ada salah faham yang timbul hingga menyebabkannya berkecil hati dan bertindak menghilangkan diri dari kami semua. Saya rayu Muzalifah pulang segera memandangkan saya dalam perancangan membawa dia tinggal bersama saya di Bintulu, Sarawak pada Februari ini dan telah merancang kejutan untuknya namun tidak sangka jadi begini.
“Saya akan pulang ke Sarawak pada 18 Januari ini dan mohon dia segera pulang sebelum tarikh itu. Walau apa pun yang terjadi saya ingin menyatakan bahawa saya sayang padanya dan pulanglah untuk kita berbincang secara baik,” katanya.
Kepada sesiapa yang pernah melihat Muzalifah boleh menghubungi Hidayat di talian 017-4780813 atau balai polis berhampiran.
Home »
» Pengantin baru hilang
Pengantin baru hilang
Written By canang on Sabtu, 15 Januari 2011 | 1/15/2011 10:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan