Home » » PRK DUN Tenang : Kempen Hari Terakhir...

PRK DUN Tenang : Kempen Hari Terakhir...

Written By canang on Sabtu, 29 Januari 2011 | 1/29/2011 10:09:00 PTG


Labis 29 JAN : Kempen hari terakhir Pilihan Raya Kecil Tenang berlalu persis nama daerah kecil ini dengan peraih undi dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional cuba meyakinkan pengundi sekitar Tenang dengan manifesto dan janji mereka.

Setelah seminggu berkempen, PAS dan Pakatan Rakyat dilihat boleh berbangga dengan penerimaan penduduk terutamanya di kalangan kaum Tiong Hua dan India yang sentiasa memberi sokongan di tempat ceramah di sekitar Pekan Labis.

Pendedahan integriti calon BN Mohd Azahar Ibrahim dalam isu kes mahkamah beliau ketika menjadi Penjawat Awam daerah Segamat dan saman yang dikemukan akibat kesalahan beliau.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menganggap sokongan rakyat khususnya pengundi muda meningkat apabila mereka menilai sendiri mengenai calon yang bakal mewakili mereka.

"Dengan isu integriti yang kita bangkitkan ini, isu yang dibuktikan oleh mahkamah, saya kata ini isu yang cukup kuat untuk dapatkan sokongan golongan pendundi muda kerana mereka elemen baru dalam sudut politik Pilihan Raya di negara kita. Mereka tidak mengundi dari segi kepartaian tapi menilai dari sudut integriti yang ada pada calon," katanya.

Dengan hujan turun mencurah-curah dari hari pencalonan sehingga kini, sinar mentari seakan menyuluh apabila Pakatan Rakyat seakan hadir memberi jalan keluar kepada Penduduk di Tenang.

Pada Pilihan Raya Umum lalu menyaksikan Calon BN Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan wakil PAS dengan majoriti 8,649 undi.
Justeru Mahfuz yakin kempen PAS dan Pakatan Rakyat kali ini lebih baik dan membuahkan hasil.

Beliau turut berasa yakin dengan kempen mereka, Pakatan Rakyat mampu meruntuhkan impian dan hasrat Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini dengan angkuh mengatakan UMNO akan menang dengan majoriti besar.

"Paling tidak kita dapat mempertahankan undi yang sedia kita dapat dulu, kedua menambah majoriti dan ketiganya kita gagalkan misi Muhyiddin untuk mencapai majoriti 5 ribu. Salah satunya dapat kita capai pun menunjukkan BN terima pukulan yang hebat," katanya.

Sementara itu Menteri Besar Perak yang sah Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula yakin pengundi Cina dan Melayu akan mengendurkan sokongan terhadap BN kerana isu yang dibawa BN seperti isu salam Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dan kenyataan Muhyiddin mengenai negara Islam mengguris hati mereka.

"Kenyataan dari pimpinan MCA dan Muhyiddin sendiri sedikit sangat memberikan suasana marah di kalangan pengundi di sini khususnya kaum Cina dan penduduk Melayu sendiri terguris," ujarnya.

Justeru beliau yang turut berada di Tenang berkempen untuk Pakatan Rakyat melihat satu fenomena sokongan 'meluap-luap persis dengan PRK di Sibu beberapa bulan lalu di mana masyarakat bangkit menolak BN selepas lebih 50 tahun di bawah pimpinan mereka.

"Saya nampak ada ulangan fenomena di Sibu khususnya kepada kaum Cina. Walaupun bertahun-tahun di bawah BN mereka bersedia berubah. Itu kalau di Sibu yang jauh di Sarawak. Jadi kalau di Tenang, kita lihat mereka nak ikut perubahan di Sibu, ini perubahan besar," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger