Home » » Rahsia kekal cantik

Rahsia kekal cantik

Written By canang on Isnin, 24 Januari 2011 | 1/24/2011 09:30:00 PG

Setiap wanita mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kecantikan. Bagaimana rahsia penyanyi dangdut, Dewi Persik menjaga tubuhnya agar kekal seksi dan sentiasa kelihatan cantik?

Menurut Dewi, rawatan kecantikan tidak semestinya mahal. Artis yang terkenal dengan ‘Goyang Gergaji’ itu mengaku dia meminum jamu tradisional secara rutin dua hingga tiga kali seminggu.


“Salah satu daripada ramuan jamu itu ialah kulit manggis yang dijemur, daun sirih, kunyit dan mahkota dewa. Semuanya direbus menjadi satu,” ujarnya ketika dihubungi wartawan, semalam.

Dewi memberitahu dia meracik sendiri semua ramuan itu. Penyanyi berusia 25 tahun itu mendakwa banyak khasiat jika melakukan sendiri persediaan membuat jamu itu.

“Ramuan jamu saya ini boleh melangsingkan tubuh, memberi stamina, mengurangkan masalah keputihan bagi golongan wanita dan mencegah bau badan. Tubuh juga akan menjadi lebih tegap dan tidak lemah,” tambahnya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger