Home » » 'Selamatkan diri kamu Chong Wei'

'Selamatkan diri kamu Chong Wei'

Written By canang on Selasa, 4 Januari 2011 | 1/04/2011 03:30:00 PTG

BANTING: “Selamatkan diri kamu terlebih dulu sebelum selamatkan orang lain”. Itulah satu pesanan Datuk Misbun Sidek (kanan) kepada anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei yang mahu meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan keputusannya meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan pasukan badminton negara.

Namun, jurulatih berusia 51 tahun itu enggan berbicara lanjut, sekali gus menimbulkan tanda tanya maksud di sebalik pesanan kepada anak emasnya itu.
Misbun yang ditemui di rumah keluarganya di sini semalam juga enggan mengulas lanjut berhubung keputusannya untuk meletak jawatan secara mengejut, Jumaat lalu.
“Terlalu berat untuk saya perkatakan mengenainya. Ia terlalu sensitif,” katanya sebak.

Bagaimanapun, jurulatih yang membimbing Chong Wei sejak lebih enam tahun lalu bersedia bertemu Presiden BAM, Datuk Mohd Nadzmi Salleh jika diminta.

Ketika ditanya ada beberapa pihak menuduhnya tidak sayangkan negara dan mementingkan diri sendiri berhubung keputusan itu, Misbun terus sebak dan berkata: “Terpulang kepada orang nak kata, tetapi selama ini...”
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen
Izwan Sahari
selamatkan semua pemain badminton dan juga ahli sukan lain, yg di bawah persatuan bermasalah....
que combate
Setuju dengan datuk misbun...
sekian lama dia memendam.
rohana bt taib
sedih dan terkejut, tapi hanya misbun saja yang tahu, sebab itu keputusanya.bolih bawa berbincang lagi , masih belum terlambat.
tyco5
panas betul la dgn sape yg ckp2 pasal misbun ni... hang tgk la muka die... xde wajah nk khianati negara pun... ni semua psl BAM yg x kene kritikan mcm FAM. dah kene nnt kita tgk sejauh mana kebenaran berpihak pd Tok Guru Misbun. Hidup MIsbun!!!
Noraini
Bagi saya, chong wei sudah banyak bermain diperingkat antarabangsa dan bertemu dengan jaguh dunia yang handal dan terkemuka dengan pengalamannya yang banyak, saya rasa sudah pasti chong wei dapat membaca seseorang lawannya cara dan taktik permainan lawan, hanya kuatkan stamina fizikal sahaja untuk meletakan kejayaaannya. Tetapi setiap permain ada pemerhati untuk memberi galakan sokongan demi kejayaan.
Peminat Sukan Tenis
BAM memang bermasalah, jika tidak tak kan Datuk Misbun meletak jawatan..
saedi ahmad
berilah peluang kpd datuk misbun unt menentukan pilihannya.dia tahu apa yg baik unt dirinya.terima kasih atas sumbangannya selama ini kpd negara.
Muhammad Husain
Setelah sekian lama mencurahkan bakti melatih ramai pemain badminton negara, semestinya Datuk Misbun mempunyai alasan yang kuat kenapa dia mengambil keputusan untuk melatakkan jawatan. BAM perlu membuat "siasatan dalaman" mencari sebab-sebab yang mendorong Datuk Misbun meletak jawatan. Tetapi saya sedikit sangsi dengan pengurusan sukan di Malaysia yang mana ramai pegawai yang terlibat di peringkat pengurusan yang tidak mahir, cekap dan yang besar sekali kurang keikhlasan. Mereka mengguakan sukan untuk kepentingan diri sendiri.
Shukri Abd.Rahman
Semua orang kena ikhlas dalm semua perkara. Boleh di bawa berbincang apa sebenarnya masalah yang timbul, boleh diselesaikan. Pada pandangan saya BAM tak perlu ambil jurulatih dari negara luar, jurulatih kita pun semuanya berkemampuan. pandang juga dari segi ekonomi, wang tak mengalir keluar negara.Hasil bumi kita mestilah digunakan oleh rakyat kita.
nana
Datuk Misbun dah letih. Satu Tugasan sebagai jurulatih yg kedua karenah BAM. Dato Misbun lebih mengetahui Dalaman BAM bagi dia buat keputusan. Siapa James Silveraj?
wan mohd fikri ee
kenapa misbun sidek ingin meletakkan jawatan? sedangkan negara masih memerlukan perkhidmatan beliau...
Juki John
Datuk Misbun!!!Jangan mahu kalah jika anda di tempat yang betul.Mesti ada orang yang perlu bertindak supaya BAM tau apa yang sebenarnya berlaku dalam BAM.
awangotai
Dalam sejarah BAM dan negara amnya..Datuk Misbun adalah yg paling berjaya, sebarang pandangan dan cadangan beliau harus dipertimbangkan sewajarnya..
MOHD RANI ABDULLAH
BAM kena buka matalah, jangan ada P.Gunalan yang ke 2 lagi
Zuhairi
bg saya ini semua berpunca politik dalaman BAM..dulu FAM gah tp sbb politik bola kita jadi teruk..harap BAM belajar dr pengalaman dulu jgn libatkan politik dalam mana2 sukan di Malaysia.
edi
smething's not right happening in BAM...BH tolong siasat...
shahhimin
Mungkin itu cara terbaik baik baginya demi kepentingan negara.Mungkin kesempatan ini ada bakat lain yang mampu menggalas tugas ini.Renungkanlah...
nita
bermusywarah lah dangan baik..
Mawar
Perletakan jawatan Datuk Misbun mesti ada penyebabnya, harap pihak bertanggungjawab jangan nak berlindung di sebalik ini semua..... Hidup MISBUN yang banyak berjasa kepada Sukan Badminton Malaysia.
amin
asyik bertelagah saja...sampai bila nak maju Malaysia ini....
wan tawau
kerana sayangkan negaralah Datuk Misbun meletak jawatan di BAM, betul juga kata Datuk Lee Chong Wei masa menang di beri pujian tetapi kalau kalah di keji, bukan semua pertandingan Datuk Lee Chong Wee akan memang, ini lah kalau orang dalam BAM semuanya buta sukan, main cakap saja tetapi buat tidak boleh.. kepada Datuk Misbun saya sokong Datuk Misbun.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger