Home » » Selangor - wanita cantik, kaya dan ternama

Selangor - wanita cantik, kaya dan ternama

Written By canang on Selasa, 11 Januari 2011 | 1/11/2011 01:00:00 PTG

Ikrar para pemimpin utama Pakatan Rakyat di Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana di Shah Alam malam kelmarin, untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dengan segala daya upaya adalah manifestasi kesepaduan dan keutuhan Pakatan Rakyat.

Kehadiran puluhan ribu di Stadium Malawati, Shah Alam itu sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Pemimpin dan warga Pakatan Rakyat yang hadir berdoa agar negara ini dapat diselamatkan. Selain itu orang ramai juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan oleh Allah dalam menangani beberapa 'serangan' terhadap kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini ikrar yang sangat kuat dari Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ramai lagi.

Kita yakin rakyat dapat memahami isyarat yang sangat jelas ini. Bayangkan, walaupun dengan berkerusi roda, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir juga untuk memberikan sokongan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, negeri terkaya di Malaysia.

Ini adalah reaksi pemimpin dan rakyat di negeri Selangor, bahkan juga di negeri lain yang bersimpati dengan apa yang berlaku di negeri itu. Datuk Seri Abd Hadi Awang dalam ucapannya malam itu memanjatkan doa agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak lawan yang mahu merampas negeri itu.

Katanya, apa yang menimpa Selangor hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959 lagi. "Kita berpengalaman sejak tahun 1959 apabila kerajaan PAS Terengganu diguling sebelum kita ambil balik pada tahun 1999," katanya.

Menurut Datuk Seri Abd Hadi, pengalaman sama turut menimpa kerajaan PAS Kelantan, apabila ‘digulingkan’ pada tahun 1978 dengan menggunakan Akta Darurat pada waktu itu.

Namun PAS Kelantan kemudiannya bangkit semula dan berjaya merampas negeri itu pada tahun 1990.

Terbaru pula, jelasnya, rakyat dipertonton dengan tragedi rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009.

Rakyat perlu sedar, katanya, tindakan merampas negeri secara zalim, adalah strategi orang yang lemah. Ia bukan kekuatan, tetapi satu kelemahan dan tindakan tidak bijak.

Walaupun isu terbaru mengenai kes perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru sedang hangat diperkatakan, namun ramai percaya bahawa ada pelbagai lagi isu menanti, yang akan dibangkitkan oleh musuh Pakatan Rakyat untuk menggugat negeri ini.

Walaupun Kerajaan Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah kelihatan utuh, namun ia tidak terlepas dari rangkaian sasaran ‘serangan’ musuh Pakatan Rakyat. Isu perkauman mendominasi atau menjadi central isu untuk menyerang Pakatan Rakyat, kecuali di Kelantan dan Kedah, namun setakat ini nampaknya negeri-negeri tersebut dapat menangkis serangan itu.

Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua di Pulau Pinang baru-baru ini dan Himpunan Solat Hajat Perdana di Shah Alam malam kelmarin adalah manifestasi kekuatan padu Pakatan Rakyat.

Kita tidak mungkin dapat membaca reaksi dalam hati para pemimpin Umno/BN terhadap gelombang rakyat ini, namun ia adalah isyarat jelas bahawa Pakatan Rakyat masih mampu bukan saja bertahan, tetapi menyerang balas.

Dalam hal ini ada ingatan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti dalam pidatonya malam itu, bahawa pimpinan kerajaan negeri Selangor jangan hilang fokus malah terus menambah serta memperbaiki khidmat kepada rakyat biarpun teruk diasak, khususnya dalam kes pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK).

"Ingatan dan nasihat saya kepada menteri besar, ahli exco dan kerajaan negeri Selangor, kita jawab tetapi fokus. Kita pertahankan Selangor dan tambahkan lagi khidmat kebajikan kepada rakyat, pastikan pengurusan yang baik di Selangor. Ini yang akan memenangkan kita,” katanya.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat perlu sentiasa bersedia lantaran negeri Selangor yang kaya ini adalah idaman Umno yang sehingga kini masih gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia ini.

Negeri Selangor yang makmur ini, dengan puluhan ribu perusahaan besar dan kecil, hasil pelbagai cukai yang banyak, puluhan institusi pengajian tinggi, Bandar Raya yang besar dan kaya seperti Shah Alam dan Petaling Jaya, ribuan kawasan perumahan dengan pendapatan isu rumah yang rata-tinggi menyebabkan negeri itu seperti wanita cantik, kaya dan ternama yang menjadi rebutan ramai orang.

Dengan itu serangan musuh Pakatan Rakyat terhadap Selangor dan negeri lain yang dikuasai Pakatan akan semakin hebat, lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13 nanti.

Umno/BN tentu akan memperlihatkan lagi kemampuannya untuk menyerang dengan pelbagai cara dan sudah tentu pilihan raya kecil N5 Tenang, di Labis, Johor nanti rakyat akan melihat sebahagian dari serangan mereka. Inilah yang menyebabkan walaupun ia hanya pilihan raya kecil, tetapi bersekala besar.

Terntunya semangat untuk mempertahankan Selangor dan negeri Pakatan Rakyat yang lain yang diperlihatkan di Majlis Solat Hajat Perdana dan Ceramah Perdana di Shah Alam malam itu akan menjadi pemangkin berterusan kepada warga Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger