GEORGETOWN 13 JAN : Tempoh seminggu diberikan Lim Guan Eng mulai hari ini kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon untuk memberikan penjelasan mengenai skandal Pulau Jerejak (TIR) yang melibatkan kerugian RM30 juta ekoran premium tanah yang tidak dijelaskan.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berasa kesal dengan tindakan Tsu Koon kerana sebagai seorang Menteri KPI yang professional harus bertanggungjawab atas skandal tersebut
“Kerugian keseluruhan kepada kerajaan negeri bukanlah setakat RM 19 juta oleh PDC, tetapi ada lagi kerugian sebanyak RM10.6 juta menerusi pentadbiran Tanah dan Galian kerana TIR gagal membayar premium tanah sebesar 80 ekar di Pulau Jerejak, katanya di Komtar pagi tadi.
Skandal Pulau Jerejak melibatkan kerugian RM30 juta kepada rakyat Pulau Pinang dengan RM10.6 juta premium tanah masih tidak dibayar Oleh Syarikat Tropical Island Resort(TIR) di samping kerugian PDC sebanyak RM19 Juta.
Tsu Koon yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat tuduhan ke atas kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tentang salah urus jeti berlepas Pulau Jerejak dan Bayan Bay serta syarikat TIR semasa menghadiri bengkel BN pada hari Ahad lalu.
Beliau tidak berpuas hati kerana tiada bot ke Pulau Jerejak.
Mendengarkan tuduhan tidak berasas itu, Guan Eng berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap Tsu Koon sekiranya menteri itu masih berdiam diri mengenai skandal tersebut.
Menurut Guan Eng, kerajaan negeri terdahulu telah membuat keputusan bahawa TIR diberikan geran milik sebaik sahaja ansuran pertama walaupun bayaran tidak dilangsaikan sepenuhnya.
Katanya, tindakan tersebut bercanggah dengan amalan biasa di bawah Seksyen 180 Kanun Tanah Negara bahawa geran hanya boleh dikeluarkan apabila bayaran premium dijelaskan dengan sepenuhnya.
Menurutnya lagi, geran tanah tidak sepatutnya dikeluarkan sehingga premium tanah dibayar penuh supaya tidak berlaku hutang bayaran premium.
“80 ekar yang diserahkan kos premium hanya RM3.72 sekaki persegi. Premium sebanyak RM13 juta, sehingga sekarang hanya bayar sikit sahaja dan masih berhutang RM10.6 juta tetapi sungguhpun belum bayar geran hak milik tanah telahpun dikeluarkan," ujar Guan Eng lagi, di sini, hari ini.
Semalam, beliau telah mengingatkan Tsu Koon bahawa kesemua jeti berlepas itu di bawah pengurusan TIR bukan di bawah pengurusan Kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Home »
» Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng Tuntut Penjelasan Tsu Koon
Skandal Pulau Jerejak: Guan Eng Tuntut Penjelasan Tsu Koon
Written By canang on Khamis, 13 Januari 2011 | 1/13/2011 07:05:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan