Home » » Tahniah Selangor- Sanggup Belanja RM10 Juta Demi Umat Islam

Tahniah Selangor- Sanggup Belanja RM10 Juta Demi Umat Islam

Written By canang on Jumaat, 21 Januari 2011 | 1/21/2011 10:00:00 PG

"TERBUKTI bahawa kerjasama di antara PAS dengan PKR dan DAP lebih baik malah lebih menguntungkan umat Islam. Contohnya dapat kita lihat di Selangor, walaupun yang memimpin Kerajaan Selangor adalah PKR, namun semua pandangan dari rakan PAS dan DAP diambil kira. Kerjasama ini tidak akan berlaku sekiranya PAS bersama Umno, MCA, MIC dan Gerakan kerana PAS cukup mempelajari sejarah lampau di mana Umno telah mengkhianati PAS.

Isu agama mungkin dikatakan sukar buat PAS bersama dengan PKR lebih-lebih lagi DAP, tetapi itu hanyalah jangkaan Umno dan itu jugalah harapan Umno agar PR tidak mampu bersatu. Tetapi kita telah buktikan sebaliknya. Di dalam isu pekerja Islam di premis arak telah menjadi satu modal besar buat Umno untuk memecah belahkan PR di Selangor. Bantahan oleh Umno terhadap YB Ronnie Liu yang kununnya menentang larangan umat Islam bekerja di premis arak tidak memberi kesan apa-apa pun kerana rakyat Selangor tahu sikap Umno terhadap Islam selama ini.KLIK SINI

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger