Home » » TI - Skandal Rasuah GLC Rosakkan Imej Negara

TI - Skandal Rasuah GLC Rosakkan Imej Negara

Written By canang on Khamis, 6 Januari 2011 | 1/06/2011 03:00:00 PTG

SHAH ALAM 6 JAN : Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan dalam kenyataan kepada media Isnin lalu berkata terlalu banyak masalah berhubung pentadbiran dan rasuah dalam syarikat berkaitan kerajaan yang perlu dipantau.

Pendedahan berhubung salah laku rasuah ujarnya harus dijadikan iktibar kepada pihak regulator, ahli lembaga pengarah, Ketua Pegawai Ekskutif dan pemimpin politik jika tidak kemungkinan akan ada lagi skandal sama pada masa akan datang.

"Isu sogokan RM413 juta oleh Nokia-Lucent SA (AL) dengan US Securities and Exchange Commission dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kepada pegawai kerajaan di Costa Rica, Honduras, Taiwan dan Malaysia, telah merosakkan imej Malaysia.

"Alcatel telah membayar US200,000 dan US500,000 untuk dua perunding tetapi mereka tidak berjaya mendapatkan perkhidmatan yang sah untuk Nokia Malaysia.

"Jika perunding ini tidak berjaya mendapatkan tender tersebut bagi Alcatel, apakah jenis "perkhidmatan" yang mereka berikan?," soal beliau.

Proses untuk mendapatkan tender yang dibuat secara tertutup itu juga menimbulkan syak wasangka di mana kemungkinan besar adanya amalan rasuah.

"Apa yang lebih meragukan, mereka yang menjadi perunding adalah terdiri daripada syarikat RM2 tanpa kepakaran yang relevan untuk menawarkan perkhidmatan yang sepatutnya mereka berikan," ujarnya

Katanya lagi, meskipun undang-undang dan tindakan kerajaan mungkin tidak sepenuhnya menghilangkan gejala rasuah, TI merasakan ianya dapat dibendung secara signifikan jika pihak pengurusan atasan mempunyai integriti dan toleransi sifar rasuah.

Dalam pada itu, beliau turut menyingkap kembali kerugian berbilion ringgit syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby Berhad dan Port Klang Free Zone (PKFZ) sambil menyoroti keperluan mendesak bagi tatacara pengendalian syarikat yang baik.

"Regulator, lembaga pengarah, pengarah urusan, dan pemimpin politik harus mengambil iktibar. Jika tidak, mungkin ada skandal yang lebih dahsyat pada masa yang akan datang," tegas Seng Kuan dalam kenyataan itu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger