MELAKA 15 Jan. – Dua wanita warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman menggunakan pisau di sebuah rumah di Taman Malim Permai di sini hari ini.
Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Myat Myat, 35, manakala pembantu rumahnya, Taw Taw Nyo, 31, ditemui oleh adik Myat yang datang ke rumah tersebut pada pukul 1.30 petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan awal polis mendapati, berlaku pertengkaran antara Myat dengan sekumpulan lelaki di dalam rumah tersebut antara pukul 11.30 hingga 12 tengah hari.
Bagaimanapun, seorang anak perempuan Myat yang baru berusia lima bulan tidak diapa-apakan dan ditemui di tingkat atas rumah mereka.
Home »
» Tikaman pisau: Dua wanita Myanmar dibunuh kejam
Tikaman pisau: Dua wanita Myanmar dibunuh kejam
Written By canang on Sabtu, 15 Januari 2011 | 1/15/2011 08:59:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan