Home » » Top Gear persenda Islam

Top Gear persenda Islam

Written By canang on Sabtu, 1 Januari 2011 | 1/01/2011 08:00:00 PTG

Penyampai- penyampai rancangan televisyen pemotoran Britain, Top Gear mencetuskan kemarahan masyarakat Islam, apabila mempersendakan agama itu dengan aksi memakai burqa dalam episod khas Boxing Day yang disiarkan pada 26 Disember lalu.

Dalam episod itu, Jeremy Clarkson dan Richard Hammond memakai burqa bagi melindungi muka mereka daripada dilihat di jalan.

Episod itu turut menampilkan seorang lagi penyampai, James May yang disapa mereka sewaktu dalam perjalanan pulang dari hospital selepas menerima rawatan akibat kepalanya terhantuk pada batu semasa berada di gurun Syria.

Bagaimanapun jenaka yang cuba ditonjolkan mereka dikecam hebat oleh masyarakat Islam kerana ia disifatkan sebagai mempersendakan agama Islam.

"Burqa adalah simbol agama kami dan ia tidak patut dijadikan bahan jenaka oleh sesiapa.

"Ia akan dilihat sama teruk walaupun dilakonkan di negara yang majoriti penduduknya bukan Islam," kata jurucakap kumpulan Islam Britain, Islam4UK.

Dalam episod khas yang ditonton enam juta penonton itu, tiga penyampai tersebut memandu kereta sport direka khas ke Baitulaham melalui Turki, Syria dan Jordan.

Aksi mereka memakai burqa boleh dilihat semasa memandu kereta dan membantu May yang cedera di kepala, namun pemilihan pakaian itu turut dikritik di Twitter dan laman-laman web diskusi.

Stesen penyiaran BBC berkata, pihaknya masih belum menilai reaksi penonton berhubung perkara tersebut.

Ini bukan kali pertama Clarkson membangkitkan kemarahan masyarakat Islam berhubung pemakaian burqa. Pada Julai lalu, dia memberitahu penonton Top Gear, dia pernah ternampak seorang wanita Islam memakai seluar dalam yang menarik di bawah burqanya. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger